Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, February 27, 2009


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Wednesday, February 25, 2009

Sebelum kita membicarakan masalah keruntuhan akhlak umat Islam dengan lebih jauh maka mari kita renungkan antara keruntuhan akhlak yang dimaksudkan itu.

  1. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa memiliki lagi sebarang perasaan malu.
  2. Terlalu berani mengadakan perhubungan jenis secara haram dan seks bebas sehingga tidak pernah rasa berdosa dan takut pada pembalasan selepas mati.
  3. Berkelakuan tidak senonoh antara lelaki dengan perempuan di kalayak ramai ataupun di tempat tersembunyi.
  4. Bersekedudukan lelaki dengan perempuan seumpama suami isteri tanpa melalui akad nikah yang sah.
  5. Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini teramat berani dan tanpa ada perasaan ragu sanggup melahirkan anak luar nikah atau “anak haram”.
  6. Kaum wanita Islam yang berpakaian singkat dan mendedahkan bahagian tubuh badan dengan megah dan bangga tanpa segan silu.
  7. Kaum lelaki yang sudah terlalu gemar dan menjadikan cara hidup mempergunakan wanita untuk melepaskan nafsu haiwaniah nya.
  8. Budaya meminum alkohol atau arak sudah menjadi cara hidup sebahagian orang Islam yang tertentu di masa ini. Tidak ada perasaan takut malah merasa megah kerana berani minum apabila orang Islam lain melihatnya.
  9. Budaya ketagihan dadah dikalangan lelaki dan wanita Islam hari ini yang telah menjadikan dadah sebagai dunia baru mereka.
  10. Ketagihan kepada muzik yang mengkhayalkan secara berlebihan dan sanggup terkinja-kinja menari-nari sehingga hampir lupa kepada dunia nyata.
  11. Golongan remaja Islam yang melibatkan diri dalam kegiatan sumbang, menyalahi undang-undang, lumba haram, gengstar, perasugut, menjual maruah diri dan banyak lagi yang seiring dengannya.
  12. Anak-anak yang sudah tidak menghormati lagi kepada ibu-bapa, guru-guru, orang tua dan masyarakat marhaen.
  13. Golongan yang sudah tidak menghormati lagi terhadap budaya Melayu dan tradisi Islam yang diamalkan sejak dahulu.
  14. Terlalu sedikit umat Islam hari ini yang boleh membaca Al-Quran dan menghayati Islam sebaliknya sebahagian besar kita samada dewasa atau remaja atau kanak-kanak sudah tidak mengerti bacaan AlQuran dan melaksanakan perintah Allah.
  15. Berpuluh-puluh lagi senarai keruntuhan akhlak yang dapat saya senaraikan tetapi memadai yang di atas sahaja. Selebihnya saya harapkan para pembaca tambahkan sendiri.

Persoalan yang berligar apakah faktor yang menjadikan keruntuhan akhlak begitu serius hari ini? Bagaimana mengatasi masalah ini? Bagaimana supaya dapat mengembalikan masyarakat yang hanyut ini kepada jalan yang benar? Berjayakah kita dalam usaha mengajak masyarakat Islam kembali menghayati ajaran Islam sepenuhnya?


Friday, February 13, 2009

Wajah-wajah Syurga

Bangga mendapat syahid yang diidamkan

Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid

الموت في سبيل الله أسمى أمانينا

Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu


Pergi Mendapatkan Janji Allah swt

Saturday, February 7, 2009

Penyabung adalah sebuah kampung nelayan yang terletak berhampiran dengan Pekan Endau.Ketika pertengahan tahun 80 an ayahku selalu pergi ke Pantai Penyabung. Pantainya cantik dan bersih ketika itu. Inilah gambar jeti tempat ayahku selalu mengambil angin.

Di awal 80 an ayahku mempunyai sebuah bot nelayan yang digunakan untuk menangkap ikan di laut dalam. Harga bot tersebut sekitar RM40,000 ke RM 30,000. Ayahku tidak menggunakannya sendiri tetapi disuruh rakan baiknya yang bernama Mat Gerek berserta awak-awak ke laut dalam.
Hasil ke laut dalam banyak jugalah ikan yang agak besar didapatinya terutama ikan tenggiri, ikan parang, ikan jemeduk ikan talang dan pelbagai lagi.Aku dan kakak-kakak sangat suka apabila sesekali ayahku bawa balik ikan yang agak besar.
Akhirnya ayahku telah menjual bot itu lebih kurang RM 30,000.Sebenarnya ayahku sangat berminat dengan bot, beliau juga pakar dalam membuat bot-bot besar dan juga model bot. Kenangan yang tidak dapat ku lupakan seminggu sebelum ayahku pulang ke rahmatullah aku menyuruhnya membuat model bot kecil untuk ku jadikan kenangan tapi beliau hanya tersenyum dan menyatakan ayah dah tak larat lagi dan buat bot tu....Ya Allah letakkanlah roh ibuku dan ayahku bersama roh-roh orang yang soleh amin......


;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO