Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Saturday, March 28, 2009


Gambar perkahwinan anak ibu saudaraku Mohd Syamsul dan Norasyikin di Kg Triang Besar Endau


Ini ialah anak adik ku yang bongsu


Aku sungguh bersyukur kepada Illahi yang masih memberikan aku kesempatan melihat dunia.Di majlis perkahwinan anak ibu saudara aku di Triang baru-baru ini, aku bertemu dengan rakan persekolahan aku yang telah lama terputus hubungan hampir 40 tahun. Waktu itu di era akhir 60 an hampir awal 70 an. Nama kawan aku ialah Sara binti Awang tinggal di kg Triang Besar Endau.

Di zaman itu adik ku yang bongsu masih belum ada di dunia lagi dan juga kedua adik kembar aku belum wujud. Subhanallah.!!....aku juga pernah melalui peristiwa 13 Mei hingga sekarang peristiwa hitam terpahat kemas dihati genarasi lama seperti kami. Kami bersama berdoa dan mengamalkan zikir Nabi Yunus hampir setiap malam agar dilindungi Allah dari musuh yang hendak menyerang asrama kami waktu itu.

Alhamdulliah mereka tidak nampak asrama kami asrama pondok Sek Arab Kluang walau pun berapa kali dihampiri.Itulah berkatnya ayat Allah.LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZHA LIMIN. Semoga roh mudir kami ustaz Mohd Lazim bin Saim dan ustazah Sofiah ditempatkan bersama orang yang soleh. Amin.....

Wednesday, March 25, 2009

Gunung Tur Sina

Di puncak gunung, terdapat sebuah lubang yang dikatakan Nabi Musa pernah bermunajat di situ. Wallahu’alam. Sungguh tinggi tempat Nabi Musa bermunajat. Lihat panorama puncak gunung di bawah ini.

Tentang patung lembu Samiri, sudah tentu patung lembu tersebut sudah tiada. Tetapi terdapat suatu objek di dinding sebuah batu besar di kaki gunung Tur Sina yang kelihatan seolah-olah seperti seekor anak lembu. Ada yang mengatakan objek itu terhasil kerana pancaran lembu emas Samiri. Wallahu’alam. Lihat gambar.

Gambar Lembu Samiri

(Diambil daripada web orang. Maaf, aku tak ambil gambar kerana cuaca panas)


Setelah itu kami pergi ke pantai Dahab. Iaitu salah satu tempat pelancongan terkenal di Sinai. Dahab mempunyai air laut yang jernih yang sesuai untuk aktiviti menyelam. Pantai Dahab tidak dapat disamakan suasanya di dengan pantai-pantai di tempat kita kerana tidak banyak pokok di situ.

Sebelum pulang, kami singgah di suatu tempat yang terdapat di situ sebuah kubu yang dibina oleh Sultan Salahuddin di atas sebuah pulau. Kami tidak sempat memasukinya kerana kelewatan. Banyak lagi tempat-tempat yang boleh dilawati di Sinai. Tapi cukuplah tempat-tempat itu menjadi pengubat untuk lawatan ke Sinai.



Panorama matahari terbit

Orang ramai melihat matahari terbit

Laluan turun


Kubu Sultan Salahuddin

Pantai Dahab

Wednesday, March 18, 2009

Try je!......

Kereta antik ni dicipta oleh anak tempatan Kuala Pontian.Try je, ....... kalau dia bagi pinjam, rasa pada bulan April nak bawa ke Bukit Gantang. Lama tak pergi ke sana sudah bertahun, disamping nak cari durian boleh juga tengok orang mengundi. Kalau Jah nak ikut boleh juga, Teh tunjukkan sek keb Bukit Gantang tu....

Tuesday, March 17, 2009

Sunday, March 8, 2009

Saat Manis

Semoga bahagia bergaduh sekali sekala adalah biasa. Gambar ini khas untuk sifu kami di Bukit Kuang Kemaman.

Ibu saudara sentiasa bersama ketika berduka dan gembira

Hanya sekali lafaz mungkin banyaj homework

Kawan-kawan arwah ibu kak Mazu yang banyak membantu

Selepas lima minit menjadi isteri

Wednesday, March 4, 2009

Don't Cry

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO