Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa


Termenung menjadi bapa
Bapa yang telah pergi meninggalkan kami


Lambat lagi nak jadi bapa


SAJAK SEMPENA HARI BAPA

Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana ayah aku disini
kerana ayah aku gembira
kerana ayah kuterasa bahagia…
ayah oh ayah

ayah…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja
ayah…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu
selamat hari bapa..

Thursday, June 18, 2009

.


klik la video ni
Lihatlah betapa murninya kasih seorang kakak terhadap adiknya. Kasih sayang ini sangat dituntut dalam Islam untuk menyuburkan dan membentuk keluarga harmoni. Dengan suara yang mendayu gadis cilik yang comel mengulik adiknya supaya tidur lena dengan bacaan selawat yang sungguh syahdu. Aku juga teringat semasa kecilku kakak ku pernah mengulit aku supaya tidur agar tidak mengacau kedua ibu bapa ku. Tetapi suaranya tidaklah semerdu ini. Arwah ayahku mengatakan suaranya macam orang bilang gambir. Walau bagaimana pun aku tetap bersyukur dengan ketegasan ayah ku Aku menjadi aku. Terima kasih ayah , walau dalam ketegasan begitu ayah masih boleh meninggalkan juga kepada kami harta peninggalannya, gunakanlah sebaik mungkin semoga diberkati. Untuk gadis kecil yang menjadi rebutan kerana kejelitaan mu dan kemerduan suara mu itu, aku doakan semoga hidup mu terus berbahagia. Amin......

Friday, June 12, 2009

Perjalanan ku

(LEGA DAPAT MAKAN)
Cuti sekolah yang lepas aku balik ke kampong kerana meraikan majlis perkahwinan anak ibu saudaraku De Biah di Rompin. Aku jengok-jengok jugalah ke rumahnya pada hari Sabtu 30 hb Mei dan pada esoknya hari Ahad 31 hb Mei adalah majlis sebenarnya. Pada hari itu aku kurang selesa kerana sakit gigi. Sakit gigi ni bukan main-main ia merupakan sakit no 3 dalam dunia sakit no 1 ialah ketika nyawa hendak keluar dari badan , sakit no 2 ialah sakit nak bersalin.Sakit ni pun ada hikmat ia adalah kifarah dari Allah untuk menghilangkan dosa-dosa kita. Subhanaallah.
(DI RUMAH DE BIAH)
Pada keesokkan harinya aku pergi ke klinik gigi Dr Rosmadi di Kuala Rompin. Pagi-pagi lagi bermula pukul 7. 30 pagi aku dah standby di kaki lima klinik tersebut untuk mencabut gigi. Memandangkan aku dari spesis penakut ini, aku mengambil peluang mencabut dua batang gigi geraham. Alhamdullilah tercabutlah gigi yang menyebabkan aku tak boleh tidur malam. Janganlah takut nak cabut gigi dengan izin Allah tidak sakit pergilah ke klinik tersebut. Terutama adik aku yang tinggal di Bukit Pelindung sangat takut nak cabut gigi.
(DENGAN SEKALI LAFAZ SAHAJA)
Selepas aku cabut gigi baru lah sekesa sedikit, aku bersama dengan adikku yang digelar dengan nama Nor Hazwani meneruskan perjalanan ke Kuantan ..Aku naik bas sambung-sambung,rasanya sudah berbelas-belas tahun aku tidak naik bas sambung-sambung yang mengambil masa yang agak lama. Bas yang aku naik itu " BAS RAHMAT ALAM " namanya cukup unik aku rasa saolah-saolah pergi ke Bombay India menaiki bas tersebut, terhenjuthenjut panas berebut-rebut berabuk tetapi itu semua adahlah rahmat kita hendaklah bersyukur kerana negara kita maih lagi aman.
(BAGAI PEN DENGAN DAKWAT MANIS & KACAK)
Sampai di Kuantan lebih kurang pukul 3 petang, aku di Kuantan selama seminggu dari hari Isnin 1 hb Jun hingga 8 hb Jun tujuan aku dan adikku Nor Hazwani ke Kuantan nak menolong adik ku yang no 4 kerana beliau hendak mengadakan majlis sambut menantu pertamanya. Hanya sedikit sumbangan saja yang dapat ku berikan memandangkan tubuh ku yang kurang bertenaga kalau dibandingkan dengan adikku yang no 9 tubuhnya agak sasa sedikit. Dua tiga hari aku di rumah adik yang no 4 belum ada saudara yang datang. Tetapi masuk hari ke empat adikku no 9 pun sampai beliau ni riuh sikit dan cekap buat kerja kasar-kasar .Khamis malam Jumaat agak sibuk sedikit sebab pada malam itu akan diadakan majlis akadnikah anak saudara ku Muhammad Muslimi dengan pasangannya Illa.
(CUCU TOK MERAH)
Adik ku no 4 terlalu sibuklah pada waktu itu selepas maghrib kami mula bersiap-siap ke masjid Peramu Tanjung Lumpur oleh kerana terlalu sibuk dan banyak kerja adikku tertinggal rantai hantaran bersama wang emas kahwin di rumahnya. Nasib baiklah adik ipar ku Ina menalipon memberi tahu barang tertinggal,ketika itu orang sedang berjumaah isyak rakaat kedua.
Adik ku bersama anaknya Fatihah bergegas bertolak ke rumahnya yang jarak lebik kurang 25 km. Nasib baik tidaklah lama sangat. Turut serta dalam majlis itu kakak ku yang no 2 bersama suami dan ibu saudaraku Mak Cik Minah. Tapi sayang makcik minah kurang sihat demam sapanjang malam dan ke esokannya beliau balik kerana anaknya Mona masuk wad di hospital Pekan.
(PAK NOOR & KAK DIBAH)
Pagi Jumaat di rumah adik ku ramai lah saudara mara yang datang ada yang datang dari Bukit Pelindung , Bukit Kuang. Bukit Katil ,Bukit Senang, Bukit Goh , Seintex Garden ,Sarang Tiong dan juga dari Tanjong Gemuk begitu juga saudara mara sebelah suami adik ku. Majlis pihak perempuan bermula lebih kurang pukul 3. petang meriah juga walau pun dalam cuaca yang tidak menentu . Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih adik ku yang no 8 suami isteri bersusah payah menyediakan homestay di Bukit Pelindung'

Berhentilah dahulu di sini insyaalalah akan sambung semula.

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO