Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Saturday, March 6, 2010

Ketika itu

Ketika itu aku dalam darjah dua dan kak Maimun darjah lima kami selalu ditinggalkan oleh ibu dan ayah kami kerana kami masih bersekolah. Keluarga aku tinggal bermalam di pondok sawah padi. Yang lain masih kecil belum bersekolah. Arwah kakak aku yang sulong tinggal bersama dengan makcik aku di Pulau Tioman kerana bekas suaminya seorang guru bernama cikgu Wan Daud sekarang sudah arwah.

pokok letup
pokok ulat bulu

Tinggal kami berdua sahaja dirumah.Diwaktu malam pula menumpang tidur di rumah Mak Lamah seorang yang pakar buat ketupat.Kami masak sendiri nasi makan bersama kicap dan kadang-kadang makan bersama lada cery yang bulat-bulat. Sangat dhaif waktu itu tetapi kami bersabar demi untuk menuntut ilmu.Kadang-kadang makan kadang tidak. Kalau langsung tak ada makanan kami pergi ke kedai Ah Lian untuk berhutang biskut nanti ayah kami turun ke Kuala Pontian dia akan bayar. Dulu Kuala Pontian boleh dikatakan maju juga. Ramai kaum cina di situ termasuklah Nya Lian, Song Ke, Tulih Hitam dan beberapa lagi yang sekarang anak-anak mereka pula mewarisi perniagaan di Bandar Rompin seperti Song Ke, Abu We dan Cik Minah.

pokok kemunting
pokok kerekut

Dekat dengan kedai Tulih Hitam ada pokok kerekut buahnya bulat dan rasanya kelat-kelat manis. Aku walaupun nampak lembeh masa kecil sehingga kak Maimun menggelarkan aku kuning kememer tapi boleh tahan juga hebat tentang memanjat pokok kerekut tu.....Suatu hari ayahku mencari aku kerana tiada di persekitaran rumah bila dia tahu aku sedang memanjat pokok kerekut terus dimarah dan dijolok dengan kayu hingga sekarang masih rasa takut lagi kah....kah...Waktu itu adik Pak Jek, Simah, Paizah, Haznita dan Najjah belum wujud lagi.

Diwaktu itu tiada makanan macam sekarang, kami berkeliaran kat dalam semak makan buah kemunting, buah penai, buah ulat bulu, buah letup dan timun tikus sebagaimana yang dikata oleh adik aku si Mat dia makan buah letup dan timun tikus .Budak budak sekarang tak kenal itu semua. Mereka makan pizza, hot dog, spageti, burger, KFC dan lain2. Aku diwaktu itu yang paling canggih hanya makan tepung kapur, nasi gaul nyu,r lempeng gandum, lempeng sagu, Tepung kapur yang paling sedap sekali terutama buatan air tangan ibu aku Mak Long Melah.

Pada 15 Mac 2010 kami seramai 19 orang pergi menyusur mencari tanah sawah peninggalan ayah dan ibu kami di paya Sepayang. Sebanyak 6 buah kereta mengikuti konvoi merentasi tanah sawah yang lebih 40 tahun kami tidak pernah jejak lagi.Masing-masing membawa haluan sendiri apabila semuanya menjejak dewasa. Adik aku yang bongsu pun yang usia menjejaki 30-an tidak pernah melihat sawah apa tah lagi anak-anak kami.....pokok yang membuahkan beras tidak pernah dilihat secara life. Jadi pada hari tersebut anak-anak buah kami semua menjadi teruja terutama budak KL tu....

sawah padi

Aku dua tiga orang yang agak dewasa terasa begitu sayu mengenangkan nostalgia di zaman kanak-kanak, adik aku yang paling kecil ketika itu ialah Halimah Tun. Waktu kecil ketika tinggal di pondok sawah padi, adik aku Tun buang air dalam tin minyak tanah, kemudian Kak Maimun dan Kak Ainon yang tukang buang jauh-jauh. Kesihan mereka .......kami juga turut serta membantu ibu menanam ( mencedung ) pokok padi. Sebelum mencedung membersihkan tanah dulu. Masa awal tanah sawah padi dibuka tiada lintah. Kami begitu gembira berlari -lari di dalam sawah yang luas terbentang .......ababila ada lintah kami sungguh geli geleman sampai demam-deman tetapi sekarang orang menternak pula ......ok see you again....DOA UNTUK MU WAHAI EMAK..AYAH DAN KAK AINON....semoga ditempatkan bersama orang-orang solihin amin.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO