Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, May 29, 2009

Makanan Sunnah Pilihan Rasul Khazanah Ummah


1. MADU

Dalam sejarah Islam fakta madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran (16) Surah An-Nahl (Ayat 69) melalui perintah Allah s.w.t. kepada lebah: "kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan TuhanMu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadaMu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir".

Apa khasiat yang terkandung di dalam madu?

a. Penyembuh Yang Mujarab

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu & Al-Quran" (Riwayat Ibnu Majah)

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fuktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus kedalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghentikan Serangan Bakteria

Sungguh menarik, madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripada terus merebak.

Benarlah pesan Rasulullah s.a.w.; Dari Abu Hurairah, kata beliau Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka ia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya)". (Riwayat Ibnu Majah)

d. Penawar Kanser

Menurut rujukan Dr Danial Zainal Abidin, Beta-Carotene didalam Madu amat berfungsi sebagai antioxdant yang mana melalui proses di dalam tubuh, beta-carotene bertukar menjadi asid retionik yang berfungsi membunuh sel-sel kanser!

2. KURMA


Apa khasiat yang terkandung didalam Kurma?

a. Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah s.w.t. berfirman kepada Saidatina Maryam a.s. "dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan". Cuba renungkan bukti saintifik ini yan gditemui oleh mereka yang pakar; "Amalan Rasulullah s.a.w. memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi Karbohidrat Tinggi, disamping Asid Amino, antaranya Triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan". - Dr Suriya Osman.

b. Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperolehi:

  • Memakan ruthob atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan Glukosa dan Sukrosa dalam badan.
  • Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.
  • Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien Glukosa dan Sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Kandungan Glukosa dan Sukrosa dalam ruthob dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
  • Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

c.Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Pensyarah Sains Makanan dan Bioteknologi, Profesor Madya Asiah Zain.

d. Memudahkan Kelahiran Bayi

"Seperti yang disarankan Rasulullah s.a.w. ternyata kurma membantu melebarkan pangkal rahim dan membantu ibu supaya mudah melahirkan anak. Kurma juga memperkayakan susu ibu dengan pelbagai zat berkhasiat bagi menjamin kesihatan bayi ketika membesar". Dr Anwar El Mufti Pakar Pemakanan dari Mesir.

e. Mencegah Penyakit Jantung dan Strok

"Satu lagi manfaat kurma adalah zat kaliumnya yang tinggi. Berdasarkan ujian klinikal, mineral kalium sangat baik untuk kesihatan jantung seperti menjaga denyutan teratur, mengaktifkan otot jantung, mengatur tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan strok". Dr Anwar El Mufti.

f. Mencegah Penyakit Kanser

Selain kalium, kurma juga mempunyai sejenis hormon dikenali sebagai Potuchsin yang dapat mencegah pendarahan pada rahim dan tinggi kandungan serat yang akan membantu melancarkan proses pencernaan makanan dan mengikat zat-zat karsinogen yang menyebabkan kanser.


4. AIR ZAM-ZAM

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit" (Hadis riwayat At Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Zam Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi" (Hadis riwayat Muslim)

Manfaat meminum air Zam Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat dan doa. Berniat dan berdoalah bersungguh-sungguh sepertimana pesan Baginda, "Air Zam Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya". (Riwayat Ibnu Majah)


5. BUAH TIN

Allah berfirman: "Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..." Surah At-Tin ayat 1.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tin)" Sabdanya lagi: Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'Inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi". (Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti)

Buah Tin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan.

Antara manfaatnya adalah:

  • Mengimbangi tekanan darah
  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal
  • Membantu mengatasi angin ahmar
  • Mencegah penyakit kencing manis
  • Memerangi penyakit kanser
  • Mencegah serangan ghout
  • Mencegah sembelit dan buasir


6. BUAH ZAITUN

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati". (Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah)

Banyak kajian ke atas buah zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini terbukti dengan pengamalan yang kerap.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Membantu masalah darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Merendahkan tahap kolesterol berbahaya
  • Menyihatkan kulit

7. HABBATUS SAWDA'

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam". Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah itu As Sam?" Baginda menjawab. "As Sam itu adalah mati". (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Dr Danial Zainal Abidin, hebatnya khasiat Habbatus Sauda' sebagai penawar ini sehingga ia merupakan batu asas dalam merawat pesakit AIDS dan kanser atau barah. Habbatus Sauda' terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam merangsang sistem pertahanan badan atau imune system merawat masalah kesihatan yang kronik yang pada pemikiran mereka sebelum ini adalah mustahil untuk dirawati dan tiada penawarnya.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Membantu mengatasi Asma dan serangan pernafasan
  • Menghentikan jangkitan kulat, fungus dan parasit
  • Mengatasi tekanan darah tinggi 'hypertension'
  • Membantu masalah kekejangan otot & pengawasan
  • Melawan bakteria
  • Mengatasi eczema (alahan kulit)
  • Membantu mengatasi masalah rahim
  • Anti kanser & anti tumor

8. ZA'FFARAN

Dalam kitab perubatan Saidina Ali 'Thib Al Imam Ali' halaman 381: "Sesiapa yang mengambil Za'ffran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal (sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.."

Za'ffran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit 'bubonic plague' dan cacar yang mana juga hasil ujikaji menunjukkan Za'ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Melancarkan sistem daya ingatan
  • Melancarkan sistem darah dan saraf
  • Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

KHASIAT MADU


Sabda Rasullullah s.a.w : " Barangsiapa yang menelan minuman (minum sedikit) madu tiga kali setiap bulan, maka ia tidak akan terkena penyakit yang teruk." (riwayat Ibnu Majah) Dalam hadis lain juga disebutkan: " Hendaklah kamu menggunakan dua ubat iaitu madu dan Al-Quran."
  • Madu dikenali masyarakat sangat berguna bagi stamina tubuh dan juga dapat digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
  • Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)
  • Rasa dan warna madu tulen adalah berbeza-beza di mana sifat-sifat madu ini di pengaruhi oleh kandungan mineral dan air di dalamnya.
  • Jenis bunga-bungaan yang dipilih oleh lebah, jenis lebah dan tempoh matang madu tersebut dikutip amat mempengaruhi kualiti madu tulen.
  • Lebah yang menghisap manisan pelbagai jenis bunga akan menghasilkan madu yang lebih baik dan berkualiti tinggi berbanding lebah yang cuma menghisap manisan dari beberapa jenis bunga yang terpilih sahaja.
  • Lebah pergunungan yang mempunyai saiz yang besar, mempunyai keupayaan yang tinggi untuk terbang jauh mencari bunga-bunga dan lebih rajin berbanding lebah yang bersaiz kecil seperti lebah hutan.
  • Kualiti bunga-bungaan di tanah tinggi pergunungan juga berbeza berbanding pokok-pokok hutan, pohon-pohon kelapa dan pokok buah-buahan. Fenomena ini berlaku kerana kebanyakan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah dari jenis yang hanya mengeluarkan bunga tetapi tidak mengeluarkan buah. Kandungan mineral dan hormon dari pokok yang berbunga dan menghasilkan buah adalah berlainan dengan pokok-pokok yang hanya berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Ini mempunyai kaitan dengan manisan bunga yang dihisap oleh lebah di mana manisan dari bunga yang tidak menjadi buah adalah lebih baik dari bunga yang akhirnya akan menjadi buah.
  • Sifat tabi'e lebah pergunungan yang membuat sarang-sarang di celah-celah batu dan tanah berbanding lebah hutan yang membuat sarang di dahan-dahan tinggi juga adalah sesuatu yang menakjubkan dan berlainan sama sekali.
  • Tugas utama lebah ialah mencari dan mengumpul manisan dan debunga yang dimasukan ke dalam pundi-pundinya, menjaga anak-anak lebah, mengawal sarang; menghasilkan jelly raja (royal jelly) yang menyerupai susu, dan menukarkan manisan bunga menjadi madu melalui tindakan enzim-enzim di dalam perut lebah.
Kandungan madu lebah

Air 16 - 25 % Gula Levulose dan dextrose 75 - 83% Sukros 5% Dextrin, Maltose dan gam 1 - 2 % Galian (mineral) 0.25% Lain-lain 28.75%

Enzim


Enzim juga terdapat dalam madu seperti invertase, diastese dan glukos oksidase, catalase dan asid fosfat. Penukaran nektarkepada madu adalah hasil daripada tindakan yang dilakukan enzim-enzim itu. Asid

Asid dalam madu adalah untuk ketahan madu daripada dirosakkan bbakteria. Asid yang wujud seperti asid glukonik, asid formik, asitikm benzoik, burik, sitrik, isovalerik, laktik, malic, oxalic, propionik, phenylacetic, succinic, valeric dan asid amino.
Vitamin

Vitamin dalam madu lebah juga wujud seperti B1, B2 kompleks, B6, dan vitamin C.

Propolis


Propolis atau gula adalahsalah satu lagi hasil daripada sarang lebah. Ia adalah cecair likat berwarna perang yang dikumpulkan oleh lebah pekerja daripada tunas daun tumbuh-tumbuhan. Propolis ini digunakan untuk melicin bahagian dalaman sarang lebah untuk memasang petak sarang, menampal lubang-lubang yang retak.
Kandungan Madu

Kandungan air dalam madu lebah adalah antara 75 - 80 % dan kandungan gula adalah antara 20-25%. Kandungan terbesar dalam madu lebah ialah glukosdan fruktos (70%), dan sukros (10%). Bahan-bahan lain dalam madu yang dianggarkan lebih kurang 180 bahan bergantung kepada jenis bunga dan tanah.

Rawatan disengat lebah


* Bersihkan bahagian yang disengat lebahdengan air suam dengan menggukan kain bersih atau kapas. * Cabut sengat lebah dengan penyepit yang telah dibersihkan. * Atau cara tradisional, bunuh lebah yang menyengat itu dan lumatkannya dan sapukan pada bekas sengatan tadi. * Atau tumbuk bawang merah kecil termasuk kulit dan akarnya sekali sehingga lumat dan sapukan bahan tang dilumatkan itu pada tempat yang disengat.

Thursday, May 21, 2009


Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Monday, May 18, 2009

GENARASI MUDA INI YANG AKAN MEWARISI KEPIMPINAN, YANG AKAN MENGGANTI DATUK SRI RAFIDAH AZIZ.


SEDANG MENYANYIKAN LAGU GURU MALAYSIA

CIKGU PUN TAK BOLEH BERDIRI LAMA APA TAH LAGI ANAK MURIDNYA.

MURID-MURID SEDANG KHUSYUK MENDENGAR LEPAS TU FIKIRAN MELAYANG KE LAIN.

GURU BESAR SEK. KEB. SENAI ENCIK JAIS BIN SUDIN SEDANG BERUCAP KETIKA MERAIKAN HARI GURU PERINGKAT SEKAOLAH .

Sunday, May 17, 2009

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Friday, May 15, 2009

HIKMAH BERZIKIR




Hikmah Berzikir
"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebutAllah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaranpahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )

"Sesiapa yang mengucapkan'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknyasepohon pokok tamar di dalam syurga."
( H.R Muslim)

• Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
• Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
• Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
• Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
• Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
• Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
•Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak iaberzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
• Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
• Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
• Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
• Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
• Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
• Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
• Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
• Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
• Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
• Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
• Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
• Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

Friday, May 8, 2009

Mother's Day Myspace Comments


Selamat Hari Ibu kepada angah, mak cik ha, de lah, alang, mak jah , mak cu, cik ina yang baru jadi ibu, cik nor dan yang bakal jadi ibu.....

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO