Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

Friday, October 31, 2008

hadis....

Sebahagian Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (٤١)
Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)

kenapa??!!!

Kenape abdul razak...
itulah tajuk muka hadapan akhbar NST.

Thursday, October 30, 2008

Senyum adalah sedekah

Al-Quran telah menjelaskan bahawa alam ini telah ditundukkan Allah untuk keperluan manusia, agar manusia beribadat kepada Allah secara lebih sempurna.

Alam CiptaanNya

Wednesday, October 29, 2008

Pereksa SPM hampir menjelang diharap anak-anak atau adik-adik sekian belajarlah bersungguh agar tidak menyesal kemudian hari. Untuk Mail jangan nak tidur je........org banyak tidur lemah semangat. Untuk Ijat jgn banyak tengok tv. Solat dan doa adalah penting......by....by

Monday, October 27, 2008

Manisnya


Manisnya anak-anak yg masih kecil tiada dosa tiada masaalah bersantai di atas tembok di belakangnya laut Cina Selatan. Namanya Nur Alya Nabila dan Nur Adlyn Sayiyyah.

Bertugas Kembali

Relax nampak tak ingat SKS waktu ini. 29 Oktober ke Melaka pulak. Nampaknya selepas ini tak de ......nak relax sampai last year

SaNtAi


Peserta berborak kosong...


Masjid Agung, masjid terbesar di Tanjung Balai, Indonesia...

Di sini tempat practical untuk melakukan ibadah umrah serta haji.....
Masjid ini amat cantik & bersih serta landskap yang serba menarik...

Tanjung Balai



Nie adik baru dari Tanjung Balai.
Ni ada di perkarangan Holiday Karimun, Tanjung Balai...

Friday, October 24, 2008


Mlm ni gi Fidah rmh Mak Teh...tengok org berkemas2 baju nak gi tg balai esok pagi...aduh..sedihnya, mampu tengok je lah sebab x dpt ikut...last minute terpaksa cancelled..bos bagi kerja suruh siapkan..jgn kata nak gi berjalan, kena dtg kerja lagi time cuti Deepavali..emmm sambut raya dlm opis je la..uhuk..uhuk..

Dok gode Teh punya blog ni lah konon2 nak luah ke'frust'an hehe...

dok tengok gambar sepupu sepapat cam lawak jugak masing2 buat gaya mcm model...nak2 yg berdiri kat tengah2 tu...amboi bkn main u...model terlampau ni...

Sunday, October 19, 2008

Kita memang lemah

SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA.
Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah.

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah Dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Saturday, October 18, 2008

KAIN BATIK


Beraya di kampung terasa gembira kerana dapat berjumpa sanak saudara.

Thursday, October 16, 2008


arus kemajuan yang melanda turut sedikit sebanyak menjejaskan keaslian seni tenunan berkenaan kerana ramai pengusaha mula menggunakan kaedah moden yang sering membuatkan pembeli keliru.

Bagi menjamin keaslian dan ketulenan kain sutera tenunan tangan terus terpelihara, pengusaha tenun di Pahang mula mengambil pendekatan positif bagi memastikan hasil usaha turun-temurun nenek moyang mereka tidak dibiarkan lupus begitu saja.

Memiliki kemahiran menenun hampir 50 tahun, Nortipah Abdul Kadir, 63, dari Pusat Tenun Pahang, Pulau Keladi, Pekan, tidak menafikan kesukaran dan kesulitan ketika melakar corak kain tenun menyebabkan ramai yang tidak berminat menceburi industri tenunan berkenaan.

Menurutnya, fabrik sutera tenun Pahang yang dihasilkan dengan teliti tanpa sebarang kecacatan dianggap lebih bermutu tinggi selain mempunyai keistimewaan tersendiri.

Hanya mereka yang arif mengenai tenunan berkenaan saja yang dapat membezakan antara sutera tenun Pahang (dihasilkan sejak 40 tahun lalu) dengan fabrik sutera tenun keluaran pengusaha di tempat lain.

“Bagi yang sudah dapat mengenal pasti keaslian sutera tenun Pahang, ia dapat dikenali dengan hanya memegang serta membuka lipatannya.

“Tidak dapat disangkal semua fabrik sutera tenun adalah asli tetapi masih ada antaranya yang benar-benar asli tetapi amat susah mendapatkannya kini,” katanya.

Selain itu, Nortipah berkata, jahitan sepit udang adalah elemen terpenting dalam menghasilkan fabrik sutera asli tenun Pahang dan ciri itulah yang membezakannya dengan tenunan di tempat lain.

Dia berkata, pemilihan warna untuk kepala kain yang terletak di bahagian tengah badan kain juga memerlukan kombinasi warna yang sepadan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan memiliki motif tersendiri dari segi reka corak serta susunan.

Menurutnya, bukan mudah untuk melakar rekaan melainkan seseorang itu mempunyai daya ketekunan, kerajinan serta kesungguhan yang tinggi kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan

“Tetapi sayang, dalam keadaan sekarang sukar untuk mencari penenun yang masih berpegang kepada konsep tenunan kaedah lama iaitu menggunakan mesin penenun kayu.

“Penampilan fabrik dan reka corak tenun Pahang masih dianggap sebagai antara hasil kerja kraftangan bermutu dan setanding dengan songket Terengganu, songket Kelantan, telepok, limar, mastuli sutera China, sutera India dan sutera Siam,” katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Karyawan Tenun Diraja Peringkat Kebangsaan 2007 ini berkata, permintaan terhadap tenun Pahang diraja kini semakin meningkat serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

“Sambutannya kini semakin hangat tetapi sebagai pengusaha, kami tidak tamak dalam mengejar keuntungan semata-mata tanpa memelihara mutu dan keaslian tenunannya. Begitupun, memang diakui terdapat segelintir pengusaha yang mengutamakan kuantiti daripada kualiti.

“Memang diakui, kaedah sekarang lebih ringkas kerana pengusaha menumpukan pada benang sutera puar dari China dan Terengganu selain penggunaan warna sintetik yang lebih moden serta menjimatkan. Walaupun wujud persaingan daripada tenunan lain serta sutera import, sutera tenun Pahang Pulau Keladi masih tetap menjadi pilihan ramai,” katanya.

Monday, October 6, 2008


PAGI 1 Syawal memang indah. Lebih indah lagi apabila lelaki dan wanita masing-masing berpakaian tradisional. Wanita manis berbaju kurung, lelaki pula tampan dengan baju Melayu. Pemakaian pakaian tersebut ibarat membezakan hari mulia ini dengan hari-hari yang lain.

Namun, apabila menjelang tengah hari atau petang, keindahan itu seakan luput. Baik lelaki ataupun wanita, pakaian tradisional tidak lagi tersarung di tubuh kebanyakan mereka. Bagi yang lelaki, jangankan songkok dan sampin, baju Melayu

pun sudah hilang entah ke mana.

Hos program Gerak Geri Gasing saluran Astro Ceria, Zoey atau nama sebenarnya Mohd. Hairey Azhar Abd. Rahman, keluarganya menjadikan berpakaian tradisional seharian sebagai rutin setiap kali hari raya.

"Mungkin sesetengah orang, menjelang tengah hari, sudah tukar pakaian kasual untuk berhari raya. Keluarga saya mengamalkan berpakaian tradisional seharian. Sampai petanglah saya dan adik - beradik pakai baju Melayu," kata Zoey, 23 sambil memberitahu kesemua lima orang adik beradiknya adalah lelaki.

"Memakai baju Melayu pada hari raya pertama juga seperti satu kemestian bagi keluarga saya. Walau macam mana masalah pun, mesti pakai. Kalau tak pakai, emak akan paksa," katanya yang bakal pulang ke kampung di Terengganu untuk berhari raya.

"Baju Melayu sewajarnya menjadi kebanggaan kita. Lagi pun, bila lagi kita hendak pakai baju tradisional kita? Mungkin dengan cara ini juga dapat membezakan hari raya dengan hari biasa," ujarnya.

Ceritanya, satu lagi tradisi yang masih diamalkan di kalangan keluarga dan saudara maranya ialah berpakaian seragam mengikut rona warna.

SHANGHAI TANG mewujudkan gaya moden yang chic dengan tema yang teguh dalam budaya asli orang Cina yang penuh bersejarah, daripada seni kaligrafi Laluan Sutera sehinggalah seni kontemporari Cina.

Pakaian yang dihasilkan merupakan hasil tangan tukang jahit Shanghai yang mengekalkan seni halus jahitan tradisional dengan memberikan tumpuan teliti kepada keperincian, seni jahitan, penggunaan fabrik mewah dan penekanan kepada keselesaan.




Produk jenama itu terkenal kerana menggabungkan rekaan dan motif tradisional Cina dengan humor dan kepekaan kontemporari.

Misi rekaan ialah untuk menghidupkan inovasi masyarakat Cina dengan dinamisme abad ke-21, lalu menghasilkan konsep fusion yang ceria dan menarik.

Shanghai Tang yang diasaskan pada tahun 1994 oleh ahli perniagaan Hong Kong, David Tang Wing-Cheung. Ia dianggap sebagai satu-satunya jenama gaya hidup mewah dari China yang global.




Tukang jahit Imperial Shanghai Tang memastikan setiap produk yang dihasilkan menyerlahkan dan menghidupkan aura glamor Cina.

Menawarkan: Rangkaian pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, termasuk kelengkapan rumah, aksesori dan hadiah.

Terbaru:Koleksi musim luruh/sejuk 2008 Luck Has Arrived yang mendapat inspirasi daripada seni dan simbol tradisi masyarakat Cina. Rekaan-rekaan memaparkan fabrik seperti jacquard dengan cetakan lurex, broked ombre dan potongan laser. Corak tersendiri seperti jongkong emas, mozek tuah, papercut dan bubblefish boleh dilihat pada semua koleksi.

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO