Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, March 18, 2011

Macet Di Jakarta

Selepas solat subuh 14 Mac 2011 kami bersiap sedia untuk berangkat ke Singapura seterus ke Jakarta dan Bandung Indonesia.Lebih kurang jam 6.20 pagi selepas bersarapan ala kadar kami semuanya seramai 13 belas orang terdiri Papak Mat Nor,Papak Mail, Papak Sopi, Papak Daud dan Papak Saipul bersama-sama dengan Ibu Rahimah, ibu Shaharbanun,ibu Fadhilah, ibu Miah, ibu Najjah, non Halimahtun dan non Fathehah serta ibu Azizah menaiki bas yang telah dicatar khas ke Singapura. Dalam perjalanan ke Singapura Alhamdulliah berjalan lancar .Hanya sedikit saja masalah apabila diantara 13 orang ada seorang yang ibu jarinya tiada urat jari terpaksa menggunakan laluan manual dalam urusan imegerisen ia itu non Halimahtun.
semasa tiba di Airport Changi
Setelah selesai urusan chek in kami pun berlepas jam 10.20 am melalui pesawat Air Asia.Kami mendarat di airport Jakarta Hatta sekitar jam 10.50 am waktu Indonesia.Syukur kami di sambut oleh Wak Dasim seorang kenalan di Jakarta beliau adalah pegawai keselamatan Hotel Kalisma tempat kami menginap. Kami sampai di hotel tersebut lebih kurang jam 12.00 tengahari waktu tempatan Setelah solat zohor dan makan tengahari kami semuanya tidak sabar-sabar lagi hendak ke pasar borong ia itu pasar Tanah Abang.Sampai saja kami ke pasar tanah abang bagi mereka yang pertama kali ke sana semuanya gaget kerana di sana tidaklah seperti di Malaysia,tempat nya terlalu berasak-asak menyebabkan terlalu kotor dan lecak apatah lagi kalau hujan.Bagi saya dan ibu Fadhilah dah agak biasa juga dengan keadaan itu tidaklah terasa sangat.Oleh kerana barang yang kami inginkan berada disini kami gagahkan juga sebab barang-barangnya agak murah kalau dibanding dengan Malaysia.Setelah shopping dalam keadaan tergesa-gesa kerana mengejar masa kami pun balik ke hotel. Pasar Tanah Abang tutupnya sekitar jam 5.00 petang waktu tempatan.Pada malamnya kami8 orang pergi ke Sarinah compliks .Dalam satu hari 3 negara kami mejelajah. Setelah agak capek dan lapar kami pun pulanglah ke hotel bukan shopping pun hanya window shopping je.
ketika di Singapura
Esok selepas sarapan pagi pada jam 7.30 pagi kami bertolak ke Bandung dengan 2 buah kereta. Ibu Miah bukan main bergaya lagi tak lekang dengan sabuk mengaman dan berkaca mata hitam terletak di kepala. Kami biasa-biasa saja apatah lagi saya yang dan selalu pergi tapi tidak pernah ke tempat peraginan asyik ke tempat membeli belah saja. Kereta pertama supirnya bernama Masdar dan supir kedua bernama Al. Dianatara 13 orang tu ada yang suka shopping je ada yang suka ke tempat yang menarik masa hanya 1 hari saja perjalanan mengambil masa 3 jam pergi dan 3 jam balik.
Ada yang hendak pergi ke Tengkuban Perahu ada yang hendak pergi ke Tengkuban Baju. Mana yang belum biasa tentu hendak pergi ke Tengkuban Perahu tempat legenda Sang Kuriang.Akhirnya trip kami ini hanya pergi ke tempat air panas saja kerana nak save time.Di Bandung kami pergi ke Pasar Baru, Rumah Mode, Chemplas dan terus balik ke Jakarta lebih kurang jam 8.10 malam.Saya kesihan juga melihat ibu Sharhaanun agak kepenatan maklumlah kami berdua ni sudah mencapai usia emas.Kami berempat ketika di Chemplas tidak berbelanja sangat cuma nak cari jecket kulit dan barangan lain kalau sesuai. Dalam mundar mandir tu....... saya, ibu Shaharbanu serta non Fathehah tidak membeli apa-apa hanya non Halimatan membuka tas tangan untuk membeli sesuatu..... maka non Halimatun menjadi perhatian beberapa orang penjual jalanan yang sentiasa mengekori non Halimahtun yang disangkakan Halimatan seorang yang berwang.....ke mana saja Halimahtun pergi sentiasa diekor supaya membeli barang mainan yang dijualnya. Sehinggalah Shaharbanaun menegur secara baik mereka pun berlalu....
pegawai Kastam, bapa Saiful & isteri
Pada jam 11.00 malam lebih kurang kami pun sampailah di Hotel Kalisma.Hotel trsebut tidaklah mewah sekadar biasa-biasa cukuplah dengan kami yang kurang kaya tetapi lebih gaya. Esok 16 Mac 2011 hari ketiga di Jakarta.Sebahagian kami pergi ke tempat menarik di sekitar Jakarta sebahagian lagi pergi ke Pasar Tanah Abang untuk mencari barang-barang untuk berniaga kecil-kecilan.Mereka yang pergi ke tempat peranginan ialah papak Mail suaminya ibu Fadhilah, Papak Sopi suami isteri, isterinya ialah ibu Najjah, non Fathehah dan Pak Daud suami isteri.
Mereka yang lain pergi ke pasar Tanah Abang lebih kurang jam 9.00 pagi,kami terus ke blok F untuk mencari kalau ada barang yang agak menarik ibu Fadhilah asyik meninjau-ninjau kain cotton jepang, ibu Shaharbanun dengan payetnya bersama dengan Halimahtun, saya pula meninjau kot-kot ada jubah yang berwarna hitam untuk dijadikan tema hari raya nanti, walau pun hari raya lambat lagi. Mencari untuk anak dan diri sendiri serta untuk kakak saya Hajjah Maimun yang tidak turut serta mungkin beliau ke distinasi lain pada penghujung Mac ini kemungkinan ke Vietnam . Selepas kami ke blok F kami berjanji ke blok A pula. Di sana kami mengejar masa masing-masing sibuk memilih barang biasalah kalau pergi dengan bapak-papak mereka ngak bisa lama-lama di suatu tempat. Maka Papak Mat Nor dan Pak Saipul bersama isterinya beredar dahulu ke blok A disusuri oleh saya, mana kala Shaharbanun dan Halimahtun menanti ibu Fadhilah yang belum selesai. Dalam saya mengekori suami, saya ngak kelihatan kerana saya leka membelek pakaian kanak-kanak yang sangat menarik. Dalam kesibukan itu saya keseorangan.....tak apalah hati berbisik, sebentar lagi mungkin berjumpa dengan teman-teman.
berada di Airport Changi
Dalam pada itu ibu Shaharbanun dan Halimahtun ke hulu ke hilir mencari Fadhilah di tingkat 2 dan 3 sehingga capek khabarnya. Terpisahlah kami dalam gedung pakaian yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Dalam pada itu saya sentiasa berhubung dengan SMS kepada suami, Shaharbanun dan Fadhilah. Rupa-rupanya Fadhilah tidak bawa h/pon dan h/ponnya tidak berfungsi.Saya bersama suami berada di tingkat 8 mengalas perut .Lebih kurang 45 munit Sahaharbanun dan Halimahtun menyusur kami di tingkat 8. Kami diberitahu mereka tidak berjumpa dengan Fadhilah .Dalam telehan kami, mungkin Fadhilah menyusur kemudian. Seterusnya kami ke tingkat 7 melihat tas tangan dan kasut sehingga pukul 12.00 tengahari setelah azan saya dan suami ketingkat bawah LG untuk mengambil barang yang saya tinggal di toko tersebut. Dalam saya membilik pakaian kanak-kanak, saya menerima SMS dari pekerja Hotel tempat kami menginap iaitu ibunya Nurul yang memberitahu....Papak ini Nurul, ibu Fadhilah sedih, pulang sekarang dia di Hotel. Apa lagi saya pun kelam kabut membayar harga barang- barang dan meminta tuan kedai tu tolong hubungi Nurul semula sebab saya kurang arif kod Jakarta.Tuan toko cakap kesihan adiknya maklumlah di negeri orang. Saya pun cepat-cepat kembali ke hotel bersama suami tinggal saja Shaharbanun dan Halimahtun di pasar .Hanya sempat SMS saja tapi Shaharbanun tidak membacanya sehingga saya kembali ke pasar kali ke 2 setelah solat zohor di hotel, saya dan Fadhilah ke pasar semula kerana beliau tak sempat shopping kerana sesat hampir 2 jam setengah dalam kekalutan barang dagangan yang begitu banyak. Memang di pasar itu tambahan pula kita orang di luar kota Jakarta merasa takut. Tetapi Alhamdullilah masih ada lagi orang berhati mulia yang banyak menolong Fadhilah memijamkan talipon,tolong call ke hotel dan pegawal keselamatan menemani Fadhilah menghantar ke teksi balik ke hotel .Tambang dari hotel ke pasar hanya 2 ribu rupiah saja tapi apabila Fadhilah naik teksi sudah menjadi 25 ribu rupiah, tak apa yang penting selamat.Itu hanyalah sebahagian kenangan pahit manis kami yang penting kami happy.
bergambar bersama-sama ibu Saha & non Halimah
Pada 17 April sampailah masanya kami akan berangkat pulang. Kami akan berangkat pada jam 11 pagi.Walau macamana pun pada pagi itu kami berlima ia itu saya, Shaharbanun , Fadhilah, Najjah . Sopi dan Azizah isteri Saipul, Saipul ialah seorang pegawai kastam di Tambak Johor, ada canlan kami beli barang lebih sikit. Kalau ikutkan hati memang kami nak beli banyak sikit barang yang kami nak jual kecil-kecilan tapi ongkosnya yang tipis. Kami ke pasar pada pagi itu bukan nya nak shopping lagi tapi mencari barang yang perlu seperti bag, tali dan sikit oleh-oleh untuk anak buah ,masa terhad sebab kami akan balik ke hotel semula pada pukul 10.30 pagi Dalam pada kami mencari barang keperluan Sopi pula entah ke mana.katanya sekejap saja ke kedai sebelah. Setelah selesai kami membeli barang, Sopi tak timbul-timbul lagi masa singkat kami nak tunggu takut tak sempat. Kami pun berbincang baliklah ke hotel. Sebab Sopi ni orang lelaki walau macamana dia boleh balik sendiri , tapi Najjah tak nak balik selagi tak jumpa suaminya. Kami menjadi serba salah.Najjah ni adik bongsu kami nak tinggal tak sampai hati nak tunggu kami takut tak boleh balik ke Malaysia terlepas kapal terbang.Akhir tinggal juga Najjah keseorangan di Tanah Abang menunggu suaminya.Kami bertiga balik ke hotel, sampai saja ke hotel suami Najjah si Sopi tersengih-sengih sambil makan. Kami pun beritahu yang Najjah masih di Tanah Abang menunggu S0pi.Sayangnya isteri kepada suami lebih dari dirinya sendiri.
ibu Saha dengan kuda nya
di Air Panas, Bandung
bapak Mat Noor pose di atas kuda
Lebih kurang pukul 10.45 pagi kami pun bertolak ke airport dengan 2 buah kereta .Masing -masing nampak happy je dengan stail tersendiri tapi yang lebih gaya nya ialah ibu Miah yang tak lekang SABUK MENGAMAN . Hampir setiap hari beliau di Jakarta dan Bandung memakai SABUK MENGAMAN apa tah lagi dalam pesawat yang wajib memakai nya.
Sedang dalam perjalanan ke airport suami saya pula tertinggal pasport antara bangsa. E......macam-macam ni lah ...semalam kata ke Lah manja sangat dengan Mail ni dia pula tertinggal pasport...berdebar-debar jugalah sebab di Jakarta jem teruk.Akhirnya sampai juga ke airport dan bertolak ke Singapura. Pada jam 5.00 petang sampai di Singapura ingatkan dah ok sebab bersama kami ada pegawai kastam.tapi tak semena-semena kena tax kat Singapura aduh nasib baik tak banyak hanya 29 DS Alhamdulliah ahkirnya kami sampai juga ke tanah air hampir jam 8.00 malam.
bertolak ke Singapura 17 March 2011
Semoga aktiviti yang berfaedah ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan lebih ramai lagi ahli keluarga yang akan menyertai aktiviti ini.

Thursday, November 4, 2010

Kenangan Masa Silam

ingin aku imbas kembali kenangan lalu yang masih segar di ingatan ku ini ketika aku bersama dengan orang yang aku kasihi tetapi mereka telah pergi meninggalkan kami dahulu untuk menyahut panggilan Ilahi... banyak kenangan suka dan kami ketika kami kecil dahulu..tanpa disedari, masa amat cepat berlalu namun kenangan masa silam ku tidak lapuk dalam ingatan ku..

kisah pada kali ini pula aku akan menyingkap tirai tentang kehidupan ku dahulu..aku dilahirkan oleh ibuku Ramlah bt Muda di Kuala Pontian, Pahang di rumah berhampiran dengan Kampung Longer, datukku bernama Muda b Su seorang yang disegani ketika dahulu. Ibuku pula seorang wanita yang sungguh jelita dan menjadi rebutan jejaka Rompin... ayahku seorang lelaki yang gantang gitu maklumlah berketurunan Belanda, selain itu bapa sebelah ayahku berketurunan Panglima Ali dan ada tercatat di dalam sejarah dan keturunan ini berasal dari Kepulauan Bentan(Tanjung Pinang, Riau)...

sambung nanti, mate udah ngantukk

Saturday, March 6, 2010

Ketika itu

Ketika itu aku dalam darjah dua dan kak Maimun darjah lima kami selalu ditinggalkan oleh ibu dan ayah kami kerana kami masih bersekolah. Keluarga aku tinggal bermalam di pondok sawah padi. Yang lain masih kecil belum bersekolah. Arwah kakak aku yang sulong tinggal bersama dengan makcik aku di Pulau Tioman kerana bekas suaminya seorang guru bernama cikgu Wan Daud sekarang sudah arwah.

pokok letup
pokok ulat bulu

Tinggal kami berdua sahaja dirumah.Diwaktu malam pula menumpang tidur di rumah Mak Lamah seorang yang pakar buat ketupat.Kami masak sendiri nasi makan bersama kicap dan kadang-kadang makan bersama lada cery yang bulat-bulat. Sangat dhaif waktu itu tetapi kami bersabar demi untuk menuntut ilmu.Kadang-kadang makan kadang tidak. Kalau langsung tak ada makanan kami pergi ke kedai Ah Lian untuk berhutang biskut nanti ayah kami turun ke Kuala Pontian dia akan bayar. Dulu Kuala Pontian boleh dikatakan maju juga. Ramai kaum cina di situ termasuklah Nya Lian, Song Ke, Tulih Hitam dan beberapa lagi yang sekarang anak-anak mereka pula mewarisi perniagaan di Bandar Rompin seperti Song Ke, Abu We dan Cik Minah.

pokok kemunting
pokok kerekut

Dekat dengan kedai Tulih Hitam ada pokok kerekut buahnya bulat dan rasanya kelat-kelat manis. Aku walaupun nampak lembeh masa kecil sehingga kak Maimun menggelarkan aku kuning kememer tapi boleh tahan juga hebat tentang memanjat pokok kerekut tu.....Suatu hari ayahku mencari aku kerana tiada di persekitaran rumah bila dia tahu aku sedang memanjat pokok kerekut terus dimarah dan dijolok dengan kayu hingga sekarang masih rasa takut lagi kah....kah...Waktu itu adik Pak Jek, Simah, Paizah, Haznita dan Najjah belum wujud lagi.

Diwaktu itu tiada makanan macam sekarang, kami berkeliaran kat dalam semak makan buah kemunting, buah penai, buah ulat bulu, buah letup dan timun tikus sebagaimana yang dikata oleh adik aku si Mat dia makan buah letup dan timun tikus .Budak budak sekarang tak kenal itu semua. Mereka makan pizza, hot dog, spageti, burger, KFC dan lain2. Aku diwaktu itu yang paling canggih hanya makan tepung kapur, nasi gaul nyu,r lempeng gandum, lempeng sagu, Tepung kapur yang paling sedap sekali terutama buatan air tangan ibu aku Mak Long Melah.

Pada 15 Mac 2010 kami seramai 19 orang pergi menyusur mencari tanah sawah peninggalan ayah dan ibu kami di paya Sepayang. Sebanyak 6 buah kereta mengikuti konvoi merentasi tanah sawah yang lebih 40 tahun kami tidak pernah jejak lagi.Masing-masing membawa haluan sendiri apabila semuanya menjejak dewasa. Adik aku yang bongsu pun yang usia menjejaki 30-an tidak pernah melihat sawah apa tah lagi anak-anak kami.....pokok yang membuahkan beras tidak pernah dilihat secara life. Jadi pada hari tersebut anak-anak buah kami semua menjadi teruja terutama budak KL tu....

sawah padi

Aku dua tiga orang yang agak dewasa terasa begitu sayu mengenangkan nostalgia di zaman kanak-kanak, adik aku yang paling kecil ketika itu ialah Halimah Tun. Waktu kecil ketika tinggal di pondok sawah padi, adik aku Tun buang air dalam tin minyak tanah, kemudian Kak Maimun dan Kak Ainon yang tukang buang jauh-jauh. Kesihan mereka .......kami juga turut serta membantu ibu menanam ( mencedung ) pokok padi. Sebelum mencedung membersihkan tanah dulu. Masa awal tanah sawah padi dibuka tiada lintah. Kami begitu gembira berlari -lari di dalam sawah yang luas terbentang .......ababila ada lintah kami sungguh geli geleman sampai demam-deman tetapi sekarang orang menternak pula ......ok see you again....DOA UNTUK MU WAHAI EMAK..AYAH DAN KAK AINON....semoga ditempatkan bersama orang-orang solihin amin.

Friday, January 1, 2010







Sunday, December 13, 2009

Pantai Cedok yang mengimbau kenangan lalu

Pantai Cedok inilah kenangan semasa aku kecil

Selepas sarapan pagi aku bersama keluarga adikku pergi ke Endau diikuti pula dengan keluarga adikku dari Kemaman juga pergi ke Endau . Kami ke sana untuk mencari barang keperluan untuk acara bakar-bakar. Pelbagai ikan dan makanan .Kami bakar ikan ,daging udang, sotong.pari, jagung dan sate. Pelbagai juadah disediakan kaum lelaki pula sibuk membakar ikan dan sebagainya. kami kaum hawa amat rasa gembira, selama ini kami yang bertungkus lumus menyediakan makanan, kali ini kaum lelaki yang menyedia amat gembira dan bersuykur macam duduk dalam syurga. Dua kali tahun ini macam kami duduk dalam syurga firdaus.

Sebelum itu kami pergi ke rumah cik su dan pak cik awang kerana ada kenduri kesyukuran.Selepas solat zohor kami bertolak ke Janglau bersama kak Maimun ,Pak Jek ,Cik Mat bersama keluarganya kami pergi ke Janglau untuk mengenalpasti tanah pusaka peninggalan arwah ibu Hjh Ramlah yang kami bersepakat dengan persetujuan arwah ayahku tanah itu diberikan kepada adikku Mat , Simah dan arwah kakakku Ainon.Alhamdullilah kami dapat mengesan tanah itu walaupun bertahun tahun kami tidak pernah menjengoknya.

Inilah tanah dan rangka pondok peninggalan arwah ibuku

Seingat aku waktu aku masih muda remaja pernah pergike kebun ini, masa itu pokok kelapa tidak ada lagi. Sekarang pokok kelapa dah tua hampir pupus buahnya.Aku amat bersyukur kepada Ilahi walau pun mereka orang kampung tiada kerja, tiada pencen tetapi boleh meninggalkan harta kepada anak-anaknya seramai 12 orang, samaada harta tanah atau wang ringgit. Kami yang bekerja ini belum tahu lagi. Bukan harta yang dicari tapi keberkatan hidup.

Bersama seorang kenalan arwah ibuku

Selepas meninjau tanah sepeninggalan arwah ibu, kami bertolak ke Pantai Cedok pula. Di sini juga banyak kenangan mengusik jiwa melanda ingatan ku. Waktu aku masih kanak-kanak aku dan kakak ku Maimun pernah mengikuti ayahku yang dikenali dengan nama Pak Long Usup pergi menjala ikan. Berbatu-batu jauhnya dari Kuala Pontian , kami menyusur pantai mencari rezeki untuk menjadi hidangan.Sekarang pantai ini semakin cantik dan telah diusahakan oleh seorang usahawan terkenal di daerah Pontian iaitu Encik Nazri Abu Bakar.

Kawasan ini telah dimajukan dan seorang sepupu kami dikenali Mat Pa(berbaju hijau)

Seterusnya kami menjelajah pula ke Sungai Laka untuk mengenali satu lagi tanah peninggalan arwah ibu .Kawasan ini amat strategik sangat cantik pemandangan sekali imbas macam di kawasan peranginan Jeddah tapi sayang gambar tiada mungkin ada dalam simpanan adik aku Mat.Gambar-gambar yang aku siarkan ini adalah ihsan SiMat terima kasih.Terima kasih juga kepada adik ipar Sofi dan Bi ,Andak Tun, keluarga Mak cik Ha dan anak-anak membuat persiapan untuk malam itu, begitu juga D"Lah dan Kak Mi hingga bertemu lagi wassalam.
Mak Cik Ha sedang memberi sekam

Thursday, December 10, 2009

Dizaman silam

ARCA IKAN LAYARAN SEBELUM MASUK BANDAR ROMPIN

BANDAR BARU ROMPIN
PUSARA ARWAH AYAHKU BERSEBELAHAN PUSARA IBUKU

Pada hari raya Aidil Adha yang kedua aku bersama kakakku Maimun serta adikku Halimahtun dan Ab. Razik begitu juga adikku yang bongsu Najjah telah pergi menziarahi kubur ayah dan ibuku di kampung Banjir Simpang Sepayang. Pagi itu terlalu hening dan syahdu apa tak lagi dikawasan perkuburan yang dihiasi pepohon bunga cina yang harum semerbak memutih suci dan bersih.
Kami berlima membentang surat khabar lama untuk dijadikan alas tempat duduk kami sekadar satu jam kami disitu untuk menyedakahkan bacaan yassin dan tahlil perasaan hiba terasa.Apakah anak-anak dan cucu-cucu kami nanti akan melakukan apa yang telah kami lakukan ini.....dan terasa hiba jua apabila aku melihat makin bertambah batu-batu nisan yang menyebabkan bertambahnya penghuni diqariah ini.Aku yang menghampiri usia emas sentiasa teringat-ingat sebagai calon-calonnya.
Selepas selesai kami membaca yassin kami terus ke pekan Rompin untuk membeli sedikit keperluan untuk program BBQ di perkarangan rumahku pada malam nanti tapi malangnya pada pagi itu tiada ikan segar di pasar Rompin maklumlah musim tengkujuh agaknya.

JAMBATAN TANJUNG GEMOK

JETI TANJUNG GEMOK DAN TERDAPAT SEBUAH FERI UNTUK
KE PULAU TIOMAN


Apabila tiada ikan segar di pasar Rompin kami terus kembali ke rumah untuk bersarapan sebelum bertolak ke Endau untuk mencari persiapan BBQ pada malam nanti..
see you again

Tuesday, December 8, 2009

RIBUT PETIR

Ribut Petir

Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja.

Apakah Ribut Petir?


kilat--latest

Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

Bagaimana Ia Terjadi?


Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil

  • Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  • Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
  • Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
  • Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
  • Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang

Letusan Ke Bawah

Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.

Apakah Kilat?

Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.

Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO