Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, November 7, 2008

Wahai anak ku!

Tengoklah dek mak dah lama hidup pun masih berlajar lagi bukan main tekun mencatat apa yang telah disampaikan oleh penceramah.
Belajarlah dek bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Tuntutlah ilmu ketika masih muda remaja ni.......
Nanti kalau dah tua tak menyesal. Orang tidak berilmu seperti pokok yang tidak berbuah. Pokok yang tidak berbuah lebih baik ditebang.
Nabi pun ada bersabda tuntulah ilmu hingga ke negeri Cina. Ini tak pun sampai di negeri Cina dekat je dengan rumah.............belajarlah sayang........

Thursday, November 6, 2008

Berhati-hati

Hai.....kursus di Holiday Chalet Desaru. Mula-mula sampai tu boring juga. ......tengokkan chalet memang bahaya sekali tendang de mat gian habislah......... nasib baik tak nampak agaknya dahlah tu banyak pulak monyit- monyit bergayutan. yang kesiannya pada Encik Li Puteh habis biliknya kena geledah nasib baik dia sengaja tak bawa petih banyak kalau tak tak berbaloi dahlah penat bagi ceramah tentang disiplin, tentang masaalah remaja masa kini.......aduh kalau fikir-fikirkan masaalah remaja kini rasa.........tak sanggup ! macamanalah kalau 10 tahun lagi.


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Jagalah hubunganmu dengan Allah, kerana perhubungan yang baik itu mendapat balasan rahmat dariNya di sana kelak.

pengantin

Pengantin perempuan ialah anak saudara mama Juwie supupu isteri Lan Mek Tam Sarah

Saturday, November 1, 2008

Kebumikan

Barang siapa berhasil membunuh nafsunya, ia akan dikapan dengan rahmat dan kemuliaan.
Dan barang siapa yang hatinya mati, ia akan dikapan dengan laknat dan dikuburkan di bumi seksaan.

kelebihan.....

Kelebihan Dan Saranan Mencontohi Zikir Rasulullah:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab (33): 21)


;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO