Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, May 29, 2009

Makanan Sunnah Pilihan Rasul Khazanah Ummah


1. MADU

Dalam sejarah Islam fakta madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran (16) Surah An-Nahl (Ayat 69) melalui perintah Allah s.w.t. kepada lebah: "kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan TuhanMu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadaMu. Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir".

Apa khasiat yang terkandung di dalam madu?

a. Penyembuh Yang Mujarab

"Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu & Al-Quran" (Riwayat Ibnu Majah)

b. Kuasa Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fuktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus kedalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

c. Antioksida & Menghentikan Serangan Bakteria

Sungguh menarik, madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripada terus merebak.

Benarlah pesan Rasulullah s.a.w.; Dari Abu Hurairah, kata beliau Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka ia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya)". (Riwayat Ibnu Majah)

d. Penawar Kanser

Menurut rujukan Dr Danial Zainal Abidin, Beta-Carotene didalam Madu amat berfungsi sebagai antioxdant yang mana melalui proses di dalam tubuh, beta-carotene bertukar menjadi asid retionik yang berfungsi membunuh sel-sel kanser!

2. KURMA


Apa khasiat yang terkandung didalam Kurma?

a. Kurma Menenangkan Perasaan

Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah s.w.t. berfirman kepada Saidatina Maryam a.s. "dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan". Cuba renungkan bukti saintifik ini yan gditemui oleh mereka yang pakar; "Amalan Rasulullah s.a.w. memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi Karbohidrat Tinggi, disamping Asid Amino, antaranya Triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan". - Dr Suriya Osman.

b. Memelihara Kesihatan

Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperolehi:

  • Memakan ruthob atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan Glukosa dan Sukrosa dalam badan.
  • Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat.
  • Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien Glukosa dan Sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Kandungan Glukosa dan Sukrosa dalam ruthob dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
  • Ia berserat tinggi, mengandungi kalsium, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol.

c.Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Pensyarah Sains Makanan dan Bioteknologi, Profesor Madya Asiah Zain.

d. Memudahkan Kelahiran Bayi

"Seperti yang disarankan Rasulullah s.a.w. ternyata kurma membantu melebarkan pangkal rahim dan membantu ibu supaya mudah melahirkan anak. Kurma juga memperkayakan susu ibu dengan pelbagai zat berkhasiat bagi menjamin kesihatan bayi ketika membesar". Dr Anwar El Mufti Pakar Pemakanan dari Mesir.

e. Mencegah Penyakit Jantung dan Strok

"Satu lagi manfaat kurma adalah zat kaliumnya yang tinggi. Berdasarkan ujian klinikal, mineral kalium sangat baik untuk kesihatan jantung seperti menjaga denyutan teratur, mengaktifkan otot jantung, mengatur tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan strok". Dr Anwar El Mufti.

f. Mencegah Penyakit Kanser

Selain kalium, kurma juga mempunyai sejenis hormon dikenali sebagai Potuchsin yang dapat mencegah pendarahan pada rahim dan tinggi kandungan serat yang akan membantu melancarkan proses pencernaan makanan dan mengikat zat-zat karsinogen yang menyebabkan kanser.


4. AIR ZAM-ZAM

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Air yang paling baik di permukaan bumi adalah Air Zam Zam. Ia mengandungi makanan yang bergizi dan menyembuhkan penyakit" (Hadis riwayat At Tirmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Zam Zam diberkati dan mengandungi makanan bergizi" (Hadis riwayat Muslim)

Manfaat meminum air Zam Zam adalah semasa kita meminumnya dengan niat dan doa. Berniat dan berdoalah bersungguh-sungguh sepertimana pesan Baginda, "Air Zam Zam sesuai dengan tujuan orang yang meminumnya". (Riwayat Ibnu Majah)


5. BUAH TIN

Allah berfirman: "Demi Buah Tin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..." Surah At-Tin ayat 1.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tin)" Sabdanya lagi: Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'Inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi". (Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti)

Buah Tin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan.

Antara manfaatnya adalah:

  • Mengimbangi tekanan darah
  • Merendahkan tahap kolesterol
  • Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal
  • Membantu mengatasi angin ahmar
  • Mencegah penyakit kencing manis
  • Memerangi penyakit kanser
  • Mencegah serangan ghout
  • Mencegah sembelit dan buasir


6. BUAH ZAITUN

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati". (Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah)

Banyak kajian ke atas buah zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini terbukti dengan pengamalan yang kerap.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Membantu masalah darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Merendahkan tahap kolesterol berbahaya
  • Menyihatkan kulit

7. HABBATUS SAWDA'

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam". Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah itu As Sam?" Baginda menjawab. "As Sam itu adalah mati". (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Dr Danial Zainal Abidin, hebatnya khasiat Habbatus Sauda' sebagai penawar ini sehingga ia merupakan batu asas dalam merawat pesakit AIDS dan kanser atau barah. Habbatus Sauda' terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam merangsang sistem pertahanan badan atau imune system merawat masalah kesihatan yang kronik yang pada pemikiran mereka sebelum ini adalah mustahil untuk dirawati dan tiada penawarnya.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Membantu mengatasi Asma dan serangan pernafasan
  • Menghentikan jangkitan kulat, fungus dan parasit
  • Mengatasi tekanan darah tinggi 'hypertension'
  • Membantu masalah kekejangan otot & pengawasan
  • Melawan bakteria
  • Mengatasi eczema (alahan kulit)
  • Membantu mengatasi masalah rahim
  • Anti kanser & anti tumor

8. ZA'FFARAN

Dalam kitab perubatan Saidina Ali 'Thib Al Imam Ali' halaman 381: "Sesiapa yang mengambil Za'ffran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan Madu, diminum sebanyak dua misqal (sudu) pada setiap hari, dia dikagumi akan daya ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.."

Za'ffran juga dipercayai dapat mengatasi masalah usus, penyakit wabak kulit 'bubonic plague' dan cacar yang mana juga hasil ujikaji menunjukkan Za'ffran berpotensi sebagai anti-kanser dan agen awet muda.

Diantara manfaatnya ialah:

  • Melancarkan sistem daya ingatan
  • Melancarkan sistem darah dan saraf
  • Meningkatkan daya tahan penyakit dari serangan bakteria

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO