Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Saturday, September 5, 2009

Dunia Seakan Terbalik


Dalam mengharungi hari -hari yang entah bila kita akan dikembalikan kepadaNya aku teringat di zaman aku kecil bersama arwah ibu dan ayahku, lebih-lebih lagi waktu begini di bulan Ramadan Al-Mubarak. Kini aku dan adik-adik telah merangkak kedewasaan.

Aku dan adik beradik seramai 12 orang adalah terdiri dari keluarga yang hidup amat sederhana. Ayahku seorang nelayan dan ibuku adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang kerja tak berhenti tangan untuk membesar anak-anak yang tidak berapa nakal sangat jika dibanding dizaman ini.

Kami adik beradik makan tidak semewah ini. Makanan berbagi senduk, kalau waktu berbuka puasa pula adik-adik ku yang tidak berpuasa lagi ketika itu ialah cendawan busu, kembar, dan Nurhazwani dipersila masuk ke dalam rumah jangan mengacau orang puasa, kata ayahku, mereka semua patut tak berani nak melawan.

Apabila sampai hampir nak raya kami tidak buat persiapan raya seperti hari ini sibuk dengan baju raya, kueh raya, duit raya, kasut raya dan sebagainya. Kalau ayah ku beli kasut raya pun bergilir-gilir tahun ini kakak ku tahun depan aku dan tahun seterus adik ku pula. Pada satu hari ayah ku belikan kasut aku berwarna coklat dan agak nipis, kakak ku mengejek-ngejek ku yang aku memakai kasut kulit lipas. Walau macamana pun kasut itu menjadi rebutan antara aku dengan adik ku yang sekarang ni dipanggil Datin Ha.

Pada hari raya yang berikutnya pula ayahku mengajak adik ku yang sekarang ni kawan-kawannya panggil pak janggut untuk pergi ke pekan Endau untuk membeli kasut raya, peliknya adik ku itu menangis berguling-guling tak mahu hendak dibelikan kasut, baiknya anak -anak zaman dulu tak mahu bermewah berbeza anak -anak zaman kini.

Begitu juga dizaman dulu ibu bapa tidak pentingkan sangat anak-anak supaya menuntu ilmu, pandai-pandalah anaknya nak belajar ke tak nak belajar. Seingat aku ibuku tidak pernah kata belajarlah bersungguh-sungguh , begitu juga dengan ayahku. Sebaliknya kakak ku Maimun Dasimah menangis -nangis nak menyambung pelajaran tapi tidak dibenarkan oleh ayahku malah dimarah dan dipukulnya.

Kawan-kawannya semuanya yang sekolah sekurangnya jadi pendidik, kakak ku ini bijak orangnya kalau bercakap penuh berhikmah dan pandai bercakap dengan pintar untuk menangkis tohmahan orang . Walau macamana pun ada hikmatNya kalau tidak langsir yang cantik yang tidak ada di rumah aku dan adik ku. Begitu juga kalaulah seperti zaman sekarang ada motivasi dari ibu bapa dan guru-guru dan sebagainya berbagai kemudahan dengan tuisyen, internet dan sebagainya tidak mustahil kakak ku jadi peguam, Cendawan Busu jadi penulis terkenal, Kembar jadi lecturer, dan pak janggut jadi doktor Pakar untuk menangani H1NI.

Tapi sayang sekali anak-anak zaman ini disebabkan terlalu mewah mereka tak suka nak belajar puas ibu bapa suruh belajar buat dek ... saja. kerana mereka hidup senang, lahir-lahir saja ada kereta yang boleh bawa ke sana ke mari, ibu bapa pula menjemput dan menghantar ke sekolah walaupun jarak antara sekolah dengan rumah tidak berapa jauh. H/Pon pula berbagai jenis yang canggih-canggih. Apa saja yang diminta pasti akan ditunai oleh ibu bapanya jarang tidak ditunai. Kalau tidak ditunai anak-anak akan memberontak.

Dulu anak nak belajar dimarah oleh ibu bapa, sekarang ibu bapa suruh belajar dimarah oleh anak. Kerana kita dilahirkan dalam keluarga dan zaman yang serba serbi kekurangan, pernah berjalan kaki berbatu untuk sampai ke sekolah dalam keadaan hujan atau pun panas, pernah berlapar kerana tiada tiada wang belanja . Pernah aku ke sekolah berkaki ayam kerna tiada kasut. Kini kasut berlambak-lambak tak habis pakai separuh dah bagi pada orang. Tetapi adik Kembar dan Datin Ha kasut nya masih ada pada aku insyaallah kalau dipanjangkan umur raya kita berjumpa.

Akhirnya belajarlah bersungguh wahai anak-anakku, anak-anak muridku ingatlah sesungguhnya ilmu pengetahuan itu adalah penting untuk dunia dan untuk akhirat. Bukan harta benda yang menjamin kesejahteraan. Peperiksan UPSR, PMR SPM dan STPM yang tinggal tidak seperapa hari lagi. Berdoalah bertawakkal disamping berusaha lebih -lebih lagi di bulan barkat. SELMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO