Thursday, September 24, 2009
Syarat wajib zakat
- Islam
- Merdeka
- Milik sempurna
- Cukup nisab
- Cukup haul (genap setahun hijriah)
- Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Zakat fitrah
Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.
Zakat harta
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali sebagai zakat maal.
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
“ | (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang berjaya. | ” |
Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
“ | Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar. | ” |
Zakat harta di Malaysia
Berikut adalah jenis zakat yang ada di Malaysia:
- Zakat pendapatan
- Zakat wang simpanan
- Zakat KWSP
- Zakat saham / pelaburan
- Zakat emas dan perak
- Zakat perniagaan
- Zakat binatang ternakan
- Zakat hasil pertanian
- Zakat hasil laut
- Zakat rikaz dan ma'din
Golongan yang layak menerima zakat
- Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
- Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
- Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
- Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
- Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
- Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
- Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
- Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.