a
r
e
t
u
s
Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Sunday, December 13, 2009

Pantai Cedok yang mengimbau kenangan lalu

Pantai Cedok inilah kenangan semasa aku kecil

Selepas sarapan pagi aku bersama keluarga adikku pergi ke Endau diikuti pula dengan keluarga adikku dari Kemaman juga pergi ke Endau . Kami ke sana untuk mencari barang keperluan untuk acara bakar-bakar. Pelbagai ikan dan makanan .Kami bakar ikan ,daging udang, sotong.pari, jagung dan sate. Pelbagai juadah disediakan kaum lelaki pula sibuk membakar ikan dan sebagainya. kami kaum hawa amat rasa gembira, selama ini kami yang bertungkus lumus menyediakan makanan, kali ini kaum lelaki yang menyedia amat gembira dan bersuykur macam duduk dalam syurga. Dua kali tahun ini macam kami duduk dalam syurga firdaus.

Sebelum itu kami pergi ke rumah cik su dan pak cik awang kerana ada kenduri kesyukuran.Selepas solat zohor kami bertolak ke Janglau bersama kak Maimun ,Pak Jek ,Cik Mat bersama keluarganya kami pergi ke Janglau untuk mengenalpasti tanah pusaka peninggalan arwah ibu Hjh Ramlah yang kami bersepakat dengan persetujuan arwah ayahku tanah itu diberikan kepada adikku Mat , Simah dan arwah kakakku Ainon.Alhamdullilah kami dapat mengesan tanah itu walaupun bertahun tahun kami tidak pernah menjengoknya.

Inilah tanah dan rangka pondok peninggalan arwah ibuku

Seingat aku waktu aku masih muda remaja pernah pergike kebun ini, masa itu pokok kelapa tidak ada lagi. Sekarang pokok kelapa dah tua hampir pupus buahnya.Aku amat bersyukur kepada Ilahi walau pun mereka orang kampung tiada kerja, tiada pencen tetapi boleh meninggalkan harta kepada anak-anaknya seramai 12 orang, samaada harta tanah atau wang ringgit. Kami yang bekerja ini belum tahu lagi. Bukan harta yang dicari tapi keberkatan hidup.

Bersama seorang kenalan arwah ibuku

Selepas meninjau tanah sepeninggalan arwah ibu, kami bertolak ke Pantai Cedok pula. Di sini juga banyak kenangan mengusik jiwa melanda ingatan ku. Waktu aku masih kanak-kanak aku dan kakak ku Maimun pernah mengikuti ayahku yang dikenali dengan nama Pak Long Usup pergi menjala ikan. Berbatu-batu jauhnya dari Kuala Pontian , kami menyusur pantai mencari rezeki untuk menjadi hidangan.Sekarang pantai ini semakin cantik dan telah diusahakan oleh seorang usahawan terkenal di daerah Pontian iaitu Encik Nazri Abu Bakar.

Kawasan ini telah dimajukan dan seorang sepupu kami dikenali Mat Pa(berbaju hijau)

Seterusnya kami menjelajah pula ke Sungai Laka untuk mengenali satu lagi tanah peninggalan arwah ibu .Kawasan ini amat strategik sangat cantik pemandangan sekali imbas macam di kawasan peranginan Jeddah tapi sayang gambar tiada mungkin ada dalam simpanan adik aku Mat.Gambar-gambar yang aku siarkan ini adalah ihsan SiMat terima kasih.Terima kasih juga kepada adik ipar Sofi dan Bi ,Andak Tun, keluarga Mak cik Ha dan anak-anak membuat persiapan untuk malam itu, begitu juga D"Lah dan Kak Mi hingga bertemu lagi wassalam.
Mak Cik Ha sedang memberi sekam

Thursday, December 10, 2009

Dizaman silam

ARCA IKAN LAYARAN SEBELUM MASUK BANDAR ROMPIN

BANDAR BARU ROMPIN
PUSARA ARWAH AYAHKU BERSEBELAHAN PUSARA IBUKU

Pada hari raya Aidil Adha yang kedua aku bersama kakakku Maimun serta adikku Halimahtun dan Ab. Razik begitu juga adikku yang bongsu Najjah telah pergi menziarahi kubur ayah dan ibuku di kampung Banjir Simpang Sepayang. Pagi itu terlalu hening dan syahdu apa tak lagi dikawasan perkuburan yang dihiasi pepohon bunga cina yang harum semerbak memutih suci dan bersih.
Kami berlima membentang surat khabar lama untuk dijadikan alas tempat duduk kami sekadar satu jam kami disitu untuk menyedakahkan bacaan yassin dan tahlil perasaan hiba terasa.Apakah anak-anak dan cucu-cucu kami nanti akan melakukan apa yang telah kami lakukan ini.....dan terasa hiba jua apabila aku melihat makin bertambah batu-batu nisan yang menyebabkan bertambahnya penghuni diqariah ini.Aku yang menghampiri usia emas sentiasa teringat-ingat sebagai calon-calonnya.
Selepas selesai kami membaca yassin kami terus ke pekan Rompin untuk membeli sedikit keperluan untuk program BBQ di perkarangan rumahku pada malam nanti tapi malangnya pada pagi itu tiada ikan segar di pasar Rompin maklumlah musim tengkujuh agaknya.

JAMBATAN TANJUNG GEMOK

JETI TANJUNG GEMOK DAN TERDAPAT SEBUAH FERI UNTUK
KE PULAU TIOMAN


Apabila tiada ikan segar di pasar Rompin kami terus kembali ke rumah untuk bersarapan sebelum bertolak ke Endau untuk mencari persiapan BBQ pada malam nanti..
see you again

Tuesday, December 8, 2009

RIBUT PETIR

Ribut Petir

Di Malaysia, ribut petir merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun dan selalunya berlaku pada waktu petang dan awal senja.

Apakah Ribut Petir?


kilat--latest

Ribut petir ditakrifkan oleh Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba.yang menghasilkan lintasan cahaya (kilat) dan bunyi gemuruh (guruh)

Bagaimana Ia Terjadi?


Ribut petir biasanya terjadi dalam keadaan atmosfera yang lengas dan tidak stabil

  • Awan kumulus terbentuk apabila udara panas berlengas naik dari permukaan bumi ke altitud yang lebih tinggi dan memeluwap.
  • Ia berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulonimbus, dengan golakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.
  • Awan ribut petir yang matang kerapkali mempunyai struktur bersel dengan diameter mencapai 3 ke 5 kilometer dan ketinggiannya melebehi 10 kilometer. Ia boleh wujud secara terpencil, berkelompok atau dalam garisan.
  • Purata tempoh hidup ribut petir ialah antara 15 hingga 30 minit tetapi dalam keadaan tertentu, tempoh ini jauh lebih lama.
  • Ribut petir berpotensi untuk menghasilkan hujan batu, hujan lebat, kilat sabung menyabung dan angin kencang. Sesetengah keadaan cuaca yang sangat buruk boleh terjadi apabila kelompok ribut petir melanda sesuatu kawasan untuk tempoh yang panjang

Letusan Ke Bawah

Letusan ke bawah ialah istilah yang menjelaskan tentang penurunan cepat udara di suatu kawasan kecil di bawah ribut petir. Angin kencang yang terhasil boleh mencapai kelajuan yang amat tinggi sehingga boleh menyebabkan kemusnahan ketara di sepanjang laluannya dan sangat berbahaya kepada operasi penerbangan.

Apakah Kilat?

Udara yang turun naik di dalam awan ribut petir mengakibatkan pemisahan cas positif dan cas negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera cukup besar untuk mengatasi kesan penebatan udara. Kilat boleh terjadi samada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 10 batu dari kawasan hujan tersebut.

Udara berhampiran kawasan yang dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000°C - iaitu lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan rencatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh.

Tempoh Ribut Petir Selalu Berlaku

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November.

Ribut petir boleh berlaku sepanjang tahun tetapi selalunya semasa tempoh antara monsun iaitu dari April hingga Mei dan dari Oktober hingga November. Di daratan, ribut petir lazimnya terjadi pada waktu petang dan senja manakala di lautan, ia kerap berlaku pada sebelah malam.

Kilat boleh menyebabkan kerosakan peralatan elektrik yang terpasang dan boleh mencetuskan kebakaran. Kebanyakan kematian dan kecederaan akibat daripada kilat terjadi kepada mereka yang berada di luar bangunan.

;;

kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO