Wednesday, December 31, 2008
Tahun Baru sudah menjelma...Tahun 2008 hanya tinggal kenangan...
Kerjaya seorang guru memang sukar terutama ketika menjelang pembukaan sekolah. Setiap minggu sebelum bukanya sekolah kami terpaksa datang ke sekolah untuk menyiapkan hal-hal yang penting seperti agihan buku teks.Pada hari cuti pun ada diadakan Mesyuarat BKGK, Mesyuarat guru-guru serta lain-lain. Walaupun ia memenatkan, tapi itulah kenyataan bagi seorang guru. Tugasan yang dipikul amat berat demi memajukan anak bangsa kita.
"Guru umpama lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain"... Walaubagaimana berat pun tugas itu, senyuman tetap terukir dibibir.
Tingkatkan ketakwaan dalam menempuh 2009
MyNiceSpace.com
New Year Myspace Comments
Sunday, December 28, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Adikku yang ke 10 dan ke 11 ini adalah kembar. Bermakna ibuku melahirkan anaknya dua kali kembar....rezki namanya. Haznita dan Paizah kembar seiras. Muka hampir sama, suaranya sama nama suami pun sama ia itu Badrul Hasham. Subhanallah itulah kekuasaan Allah. Tetapi sudah menjadi suratan takdir adikku Haznita dipelihara oleh rakan karib ibuku yang merupakan saudara 2 pupu ayahku. Bukan bermaksud hendak bagi pada orang tidak sekali......ayahku pernah menitis air mata ketika mereka datang mengambilnya. Ibu telah berjanji, pada asal mereka hendak mengambil adikku bernama Hasimah lagi ... .Waktu Haznita berumur 3 bulan dalam jagaan ibu angkatnya arwah Mak Teh Minah, adikku Shaharbanun hendak mengambil kembali kepangkuan keluarga kami.
Ketika itu Shaharbanun lebih kurang berumur 14 tahun baru remaja.....orangnya tegas......tapi kelakar macam Fauziah Nawi tapi wajahnya cantik kulit halus mulus macam Khety Azizah ibu Zizi Ezatee. Ini menunjukkan kami sekeluarga sangat sayang kepada adik-adik kami.
Adik kami yang ke 11 Paizah juga menjadi rebutan untuk dipeihara oleh orang. Maklumlah
mereka ini comel-comel belaka waktu kecil.Walau macamana ketika ibu bapaku pergi menunaikan haji Paizah dijaga oleh emak supupu aku. Setelah ibu bapa kembali dari mekah ibu sepupu ku tak mahu memulang kembali adikku Paizah . Oleh kerana rumah kami berdekatan kami tidak terasa sangat.Adikku yang bongsu sekali bernama Najjah .Beliau ketika kecil selalu sakit gatal-gatal nama penyakit itu gegate .Tak boleh salah makan sikit pasti gegate itu timbul dikulitnya. Jadi ibu sedara sepupu aku yang bernama Mak Ngah Peah yang juga ibu angkat kepada Paizah menukarkan nama Najjah kepada nama Salbiah sebab itu lah nama timbangan adikku yang bongsu ni Bi/Bibi .Adikku yang bongsu ni kalau kena gegate sampai pengsan. Semasa sekolah kebangsaan adikku Najjah ni seorang ahli sukan tetapi selalu pengsan ababila diserang penyakit itu. Alhamdulliah sekarang sudah sihat walafiat.
Begitu sedikit sebanyak yang dapat ku coretkan semoga ukhwah keluargaku bertambah kukuh walau kami semua sudah tiada kedua ibu bapa lagi di dunia ini........dari Teh ......Bukit Senang, Senai. Johor. Wasallam.
Cita-cita adikku Cendawan Busu tidak tercapai kerana memberi tumpuan keluarga yang berada jauh tambahan anaknya yang masih kecil. Adikku yg ke 6 ini bernama Fadhilah .Beliau kembar tetapi kembarnya telahpun meninggal dunia ketika berumur 30 hari bernama Nor Hafizah dan dipelihara oleh ibu saudaraku yang bernama Maznah yang lebih dikenali dg panggilan Cik Su.
Masa kecil-kecil arwah nenekku Mak Wook memanggilnya GENOK.Genok ialah tempat menyimpan beras seperti tempayan ( gemok ) tapi dah besar taklah gemuk sangat seiras anak saudara yg bernama Adawiah tapi kalau dia baca ceritaku ini tersenyum lebarlah.he....he.....kegemarannya melancong tak habis2 ajak ku pergi melancong ajakkan yg terakhir dia syorkan pergi ke Kumming . Tengoklah gambarnya dipinggiran Laut Merah tempat Firaun mati tenggelam.Adikku ke 7 bernama Halimahtun dia masa-masa kecil terperanjat bunyi ribut yang kuat memanah di pokok kelapa di rumahku Kuala Pontian ketika itu sebab tu terbanttu sedikit macam aku tapi aku peristiwanya adalah terjatuh ke dalam perigi ketika mandi bersama arwah ayahku. Kegemaran adikku ini ialah menjahit dan menyulam manik tapi hobi yang paling ketara sekali suka berjoging ditepi pantai hiburan bersama rakan-rakannya. Nama samarannya semasa kecil ialah Nor Hazwani sedap namanya.
Adikku yang ke 8 bernama Ab. Razik kegemarannya mengenali pokok-pokok herba dan nama jenis pokok-pokok. Semasa kecil beliau tidak suka sekiranya arwah ayahku ajak pergi berjalan-jalan di pekan Endau nak belikan kasut baru pun tak suka sampai menangis-nangis .Ketika mula bekerja beliau ditukarkan ke Raub disana adalah sebuah pekan yang terpencil di Pahang. Disitilah beliau terpaksa hidup berdikari tanpa bantuan keluarga betapa susah senangnya hidup.....Adikku yang ke 9 bernama Hasimah masa-masa kecil wajah nya cukup comel manis..... saja . Bila dah besar kurang sedikit tetapi beliau tetap ceria dan gelak ketawa. Semasa awal remaja beliau tinggal bersamaku Di Taiping. Hobinya suka memasak waktu itu beliau sudah pandai memasak ikan sarak. Ketika beliau menjadi Guru Sementara di Pianggu beliau mengajar subjek B. Inggeris terror juga. Waktu itu ramai juga pak wenya. Sesuai dengan perwatakannya yang ceria beliau ramai kawan .Kalau ada kenduri kendara beliaulah yang menjadi tulang belakang keluarga untuk menguruskan bahagian masakan .
Monday, December 22, 2008
Setiap kali aku pulang ke kampung, terdetik dihati kesedihan yang menusuk kalbuku apabila terlihat pemandangan di kawasan rumah ibu bapaku yang sudah berusia hampir 47 tahun. Ia tidak dijaga lagi semenjak ibu dan ayahku telah tiada buat selama-lamanya. Disitu lah tempat suka duka ku, bermain dan dibesarkan.
Aku mempunyai 12 orang adik-beradik terdiri daripada Ainon dikenali dengan nama Ainon Jariah. Beliau telah pun meninggal dunia pada 17 Oktober 2005. Aku sungguh rasa kehilangan kerana beliau telah banyak bersusah-payah menjaga anak-anakku ketika aku menunaikan haji dan pelbagai lagi.Kakak ku yang kedua adalah Maimun dan digelar dengan nama Maimun Dasimah. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan dan sekarang ini beliau brtamah kreatif dalam bidang hiasan dalaman rumah.
Adik-beradik ku yang ke 4 adalah Saharbanun dan pakar dalam masak-memasak terutama dalam hidangan nasi bryani coklat. Masakannya selalu disediakan dalam kenduri kendara yang diadakan dirumahku atau rumah sedara mara ku.Adikku yang ke 5 bernama Muhamad dikenali dengan nama Mat Zip. Ibuku pula menggelarkan beliau Cendawan Busu kerana beliau merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga kami ketika itu. Beliau hebat dalam penggunaan internet dan beliau bercita-cita ingin menjadi wartawan Jejak Rasul tetapi cita-citanya tidak tercapai.
Setakat ini sahaja coretan aku buat kali ini. Sebenarnya aku masih lagi terkenangkan arwah ibuku yang telah pergi ke rahmatullah pada 10/10/2002 dan ayahku pula kembali ke rahmatullah pada 1/11/2006. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman
Tuesday, December 16, 2008
Saturday, November 29, 2008
Tidak pernah dengar sebelum ini suaminya muda 69 tahun dari isterinya namun tetap setia walaupun isterinya sudah tua berumur 106 tahun. Kebanyakan si suami walaupun isteri cantik, muda jelita kaya raya masih mencari isteri lain.Syabas kepada En Mohd Nor yang sabar dan setia......sampai bila ya......
Monday, November 24, 2008
Saturday, November 22, 2008
Friday, November 21, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Disebelah kiri tanah halal iaini terletak di belakang kilang pencetak Al-Quran. Disana tempat permastautin dajjal. Dajal tidak dapat memasuki tanah haram jadi dajjal telah membuat satu tipu helah dengan mengadakan pesta. Jadi orang-orang Islam yang berada di tanah haram pergi ke tanah halal. Oleh itu, orang Islam terpengaruh dengan tipu helah dajal
Inilah gambar kilang pencetak Al-Quran:
Musim haji tiba lagi. Kami doakan kalian semoga mendapat haji mabrur. Doakan juga kami yang tinggal di tanah halal ni dapat mengerjakan juga pada masa-masa akan datang . Tinggal di tanah haram sungguh menakjubkan . Semoga Allah memberi kami rezeki dan dapat juga mengerjakan haji......Insyaalah.
Monday, November 17, 2008
Monday, November 10, 2008
Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.
Isi-isi
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
i. memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii. ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii. pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv. piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v. pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.
Penutup
masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Saturday, November 8, 2008
Friday, November 7, 2008
Tengoklah dek mak dah lama hidup pun masih berlajar lagi bukan main tekun mencatat apa yang telah disampaikan oleh penceramah.
Belajarlah dek bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berguna di kemudian hari. Tuntutlah ilmu ketika masih muda remaja ni.......
Nanti kalau dah tua tak menyesal. Orang tidak berilmu seperti pokok yang tidak berbuah. Pokok yang tidak berbuah lebih baik ditebang.
Nabi pun ada bersabda tuntulah ilmu hingga ke negeri Cina. Ini tak pun sampai di negeri Cina dekat je dengan rumah.............belajarlah sayang........
Thursday, November 6, 2008
Hai.....kursus di Holiday Chalet Desaru. Mula-mula sampai tu boring juga. ......tengokkan chalet memang bahaya sekali tendang de mat gian habislah......... nasib baik tak nampak agaknya dahlah tu banyak pulak monyit- monyit bergayutan. yang kesiannya pada Encik Li Puteh habis biliknya kena geledah nasib baik dia sengaja tak bawa petih banyak kalau tak tak berbaloi dahlah penat bagi ceramah tentang disiplin, tentang masaalah remaja masa kini.......aduh kalau fikir-fikirkan masaalah remaja kini rasa.........tak sanggup ! macamanalah kalau 10 tahun lagi.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Pengantin perempuan ialah anak saudara mama Juwie supupu isteri Lan Mek Tam Sarah
Saturday, November 1, 2008
Barang siapa berhasil membunuh nafsunya, ia akan dikapan dengan rahmat dan kemuliaan.
Dan barang siapa yang hatinya mati, ia akan dikapan dengan laknat dan dikuburkan di bumi seksaan.
- Kelebihan Dan Saranan Mencontohi Zikir Rasulullah:
- لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)
- Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab (33): 21)
Friday, October 31, 2008
- Sebahagian Firman Allah s.w.t. Berkenaan Zikir:
- يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا (٤١)
- Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; (al-Ahzaab (33): 41)
- إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لأولِي الألْبَابِ (١٩٠)الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (١٩١)
- Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka. (Ali Imran (3): 190-191)
Thursday, October 30, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Monday, October 27, 2008
Friday, October 24, 2008
Mlm ni gi Fidah rmh Mak Teh...tengok org berkemas2 baju nak gi tg balai esok pagi...aduh..sedihnya, mampu tengok je lah sebab x dpt ikut...last minute terpaksa cancelled..bos bagi kerja suruh siapkan..jgn kata nak gi berjalan, kena dtg kerja lagi time cuti Deepavali..emmm sambut raya dlm opis je la..uhuk..uhuk..
Dok gode Teh punya blog ni lah konon2 nak luah ke'frust'an hehe...
dok tengok gambar sepupu sepapat cam lawak jugak masing2 buat gaya mcm model...nak2 yg berdiri kat tengah2 tu...amboi bkn main u...model terlampau ni...