Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Wednesday, December 24, 2008

Kenanagan Lalu


Cita-cita adikku Cendawan Busu tidak tercapai kerana memberi tumpuan keluarga yang berada jauh tambahan anaknya yang masih kecil. Adikku yg ke 6 ini bernama Fadhilah .Beliau kembar tetapi kembarnya telahpun meninggal dunia ketika berumur 30 hari bernama Nor Hafizah dan dipelihara oleh ibu saudaraku yang bernama Maznah yang lebih dikenali dg panggilan Cik Su.
Masa kecil-kecil arwah nenekku Mak Wook memanggilnya GENOK.Genok ialah tempat menyimpan beras seperti tempayan ( gemok ) tapi dah besar taklah gemuk sangat seiras anak saudara yg bernama Adawiah tapi kalau dia baca ceritaku ini tersenyum lebarlah.he....he.....kegemarannya melancong tak habis2 ajak ku pergi melancong ajakkan yg terakhir dia syorkan pergi ke Kumming . Tengoklah gambarnya dipinggiran Laut Merah tempat Firaun mati tenggelam.

Adikku ke 7 bernama Halimahtun dia masa-masa kecil terperanjat bunyi ribut yang kuat memanah di pokok kelapa di rumahku Kuala Pontian ketika itu sebab tu terbanttu sedikit macam aku tapi aku peristiwanya adalah terjatuh ke dalam perigi ketika mandi bersama arwah ayahku. Kegemaran adikku ini ialah menjahit dan menyulam manik tapi hobi yang paling ketara sekali suka berjoging ditepi pantai hiburan bersama rakan-rakannya. Nama samarannya semasa kecil ialah Nor Hazwani sedap namanya.

Adikku yang ke 8 bernama Ab. Razik kegemarannya mengenali pokok-pokok herba dan nama jenis pokok-pokok. Semasa kecil beliau tidak suka sekiranya arwah ayahku ajak pergi berjalan-jalan di pekan Endau nak belikan kasut baru pun tak suka sampai menangis-nangis .Ketika mula bekerja beliau ditukarkan ke Raub disana adalah sebuah pekan yang terpencil di Pahang. Disitilah beliau terpaksa hidup berdikari tanpa bantuan keluarga betapa susah senangnya hidup.....

Adikku yang ke 9 bernama Hasimah masa-masa kecil wajah nya cukup comel manis..... saja . Bila dah besar kurang sedikit tetapi beliau tetap ceria dan gelak ketawa. Semasa awal remaja beliau tinggal bersamaku Di Taiping. Hobinya suka memasak waktu itu beliau sudah pandai memasak ikan sarak. Ketika beliau menjadi Guru Sementara di Pianggu beliau mengajar subjek B. Inggeris terror juga. Waktu itu ramai juga pak wenya. Sesuai dengan perwatakannya yang ceria beliau ramai kawan .Kalau ada kenduri kendara beliaulah yang menjadi tulang belakang keluarga untuk menguruskan bahagian masakan .

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO