Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Wednesday, December 24, 2008

Sambungan Cerita Di Masa Lalu

Adikku yang ke 10 dan ke 11 ini adalah kembar. Bermakna ibuku melahirkan anaknya dua kali kembar....rezki namanya. Haznita dan Paizah kembar seiras. Muka hampir sama, suaranya sama nama suami pun sama ia itu Badrul Hasham. Subhanallah itulah kekuasaan Allah. Tetapi sudah menjadi suratan takdir adikku Haznita dipelihara oleh rakan karib ibuku yang merupakan saudara 2 pupu ayahku. Bukan bermaksud hendak bagi pada orang tidak sekali......ayahku pernah menitis air mata ketika mereka datang mengambilnya. Ibu telah berjanji, pada asal mereka hendak mengambil adikku bernama Hasimah lagi ... .Waktu Haznita berumur 3 bulan dalam jagaan ibu angkatnya arwah Mak Teh Minah, adikku Shaharbanun hendak mengambil kembali kepangkuan keluarga kami.

Ketika itu Shaharbanun lebih kurang berumur 14 tahun baru remaja.....orangnya tegas......tapi kelakar macam Fauziah Nawi tapi wajahnya cantik kulit halus mulus macam Khety Azizah ibu Zizi Ezatee. Ini menunjukkan kami sekeluarga sangat sayang kepada adik-adik kami.
Adik kami yang ke 11 Paizah juga menjadi rebutan untuk dipeihara oleh orang. Maklumlah
mereka ini comel-comel belaka waktu kecil.Walau macamana ketika ibu bapaku pergi menunaikan haji Paizah dijaga oleh emak supupu aku. Setelah ibu bapa kembali dari mekah ibu sepupu ku tak mahu memulang kembali adikku Paizah . Oleh kerana rumah kami berdekatan kami tidak terasa sangat.

Adikku yang bongsu sekali bernama Najjah .Beliau ketika kecil selalu sakit gatal-gatal nama penyakit itu gegate .Tak boleh salah makan sikit pasti gegate itu timbul dikulitnya. Jadi ibu sedara sepupu aku yang bernama Mak Ngah Peah yang juga ibu angkat kepada Paizah menukarkan nama Najjah kepada nama Salbiah sebab itu lah nama timbangan adikku yang bongsu ni Bi/Bibi .Adikku yang bongsu ni kalau kena gegate sampai pengsan. Semasa sekolah kebangsaan adikku Najjah ni seorang ahli sukan tetapi selalu pengsan ababila diserang penyakit itu. Alhamdulliah sekarang sudah sihat walafiat.
Begitu sedikit sebanyak yang dapat ku coretkan semoga ukhwah keluargaku bertambah kukuh walau kami semua sudah tiada kedua ibu bapa lagi di dunia ini........dari Teh ......Bukit Senang, Senai. Johor. Wasallam.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO