Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Monday, December 22, 2008

Tinggal Kenangan

Setiap kali aku pulang ke kampung, terdetik dihati kesedihan yang menusuk kalbuku apabila terlihat pemandangan di kawasan rumah ibu bapaku yang sudah berusia hampir 47 tahun. Ia tidak dijaga lagi semenjak ibu dan ayahku telah tiada buat selama-lamanya. Disitu lah tempat suka duka ku, bermain dan dibesarkan.

Aku mempunyai 12 orang adik-beradik terdiri daripada Ainon dikenali dengan nama Ainon Jariah. Beliau telah pun meninggal dunia pada 17 Oktober 2005. Aku sungguh rasa kehilangan kerana beliau telah banyak bersusah-payah menjaga anak-anakku ketika aku menunaikan haji dan pelbagai lagi.


Kakak ku yang kedua adalah Maimun dan digelar dengan nama Maimun Dasimah. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan dan sekarang ini beliau brtamah kreatif dalam bidang hiasan dalaman rumah.

Adik-beradik ku yang ke 4 adalah Saharbanun dan pakar dalam masak-memasak terutama dalam hidangan nasi bryani coklat. Masakannya selalu disediakan dalam kenduri kendara yang diadakan dirumahku atau rumah sedara mara ku.
Adikku yang ke 5 bernama Muhamad dikenali dengan nama Mat Zip. Ibuku pula menggelarkan beliau Cendawan Busu kerana beliau merupakan anak lelaki pertama dalam keluarga kami ketika itu. Beliau hebat dalam penggunaan internet dan beliau bercita-cita ingin menjadi wartawan Jejak Rasul tetapi cita-citanya tidak tercapai.
Setakat ini sahaja coretan aku buat kali ini. Sebenarnya aku masih lagi terkenangkan arwah ibuku yang telah pergi ke rahmatullah pada 10/10/2002 dan ayahku pula kembali ke rahmatullah pada 1/11/2006. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO