Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Monday, October 6, 2008

Keagungan seni tradisi Cina

SHANGHAI TANG mewujudkan gaya moden yang chic dengan tema yang teguh dalam budaya asli orang Cina yang penuh bersejarah, daripada seni kaligrafi Laluan Sutera sehinggalah seni kontemporari Cina.

Pakaian yang dihasilkan merupakan hasil tangan tukang jahit Shanghai yang mengekalkan seni halus jahitan tradisional dengan memberikan tumpuan teliti kepada keperincian, seni jahitan, penggunaan fabrik mewah dan penekanan kepada keselesaan.




Produk jenama itu terkenal kerana menggabungkan rekaan dan motif tradisional Cina dengan humor dan kepekaan kontemporari.

Misi rekaan ialah untuk menghidupkan inovasi masyarakat Cina dengan dinamisme abad ke-21, lalu menghasilkan konsep fusion yang ceria dan menarik.

Shanghai Tang yang diasaskan pada tahun 1994 oleh ahli perniagaan Hong Kong, David Tang Wing-Cheung. Ia dianggap sebagai satu-satunya jenama gaya hidup mewah dari China yang global.




Tukang jahit Imperial Shanghai Tang memastikan setiap produk yang dihasilkan menyerlahkan dan menghidupkan aura glamor Cina.

Menawarkan: Rangkaian pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak, termasuk kelengkapan rumah, aksesori dan hadiah.

Terbaru:Koleksi musim luruh/sejuk 2008 Luck Has Arrived yang mendapat inspirasi daripada seni dan simbol tradisi masyarakat Cina. Rekaan-rekaan memaparkan fabrik seperti jacquard dengan cetakan lurex, broked ombre dan potongan laser. Corak tersendiri seperti jongkong emas, mozek tuah, papercut dan bubblefish boleh dilihat pada semua koleksi.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO