Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Friday, June 12, 2009

Perjalanan ku

(LEGA DAPAT MAKAN)
Cuti sekolah yang lepas aku balik ke kampong kerana meraikan majlis perkahwinan anak ibu saudaraku De Biah di Rompin. Aku jengok-jengok jugalah ke rumahnya pada hari Sabtu 30 hb Mei dan pada esoknya hari Ahad 31 hb Mei adalah majlis sebenarnya. Pada hari itu aku kurang selesa kerana sakit gigi. Sakit gigi ni bukan main-main ia merupakan sakit no 3 dalam dunia sakit no 1 ialah ketika nyawa hendak keluar dari badan , sakit no 2 ialah sakit nak bersalin.Sakit ni pun ada hikmat ia adalah kifarah dari Allah untuk menghilangkan dosa-dosa kita. Subhanaallah.
(DI RUMAH DE BIAH)
Pada keesokkan harinya aku pergi ke klinik gigi Dr Rosmadi di Kuala Rompin. Pagi-pagi lagi bermula pukul 7. 30 pagi aku dah standby di kaki lima klinik tersebut untuk mencabut gigi. Memandangkan aku dari spesis penakut ini, aku mengambil peluang mencabut dua batang gigi geraham. Alhamdullilah tercabutlah gigi yang menyebabkan aku tak boleh tidur malam. Janganlah takut nak cabut gigi dengan izin Allah tidak sakit pergilah ke klinik tersebut. Terutama adik aku yang tinggal di Bukit Pelindung sangat takut nak cabut gigi.
(DENGAN SEKALI LAFAZ SAHAJA)
Selepas aku cabut gigi baru lah sekesa sedikit, aku bersama dengan adikku yang digelar dengan nama Nor Hazwani meneruskan perjalanan ke Kuantan ..Aku naik bas sambung-sambung,rasanya sudah berbelas-belas tahun aku tidak naik bas sambung-sambung yang mengambil masa yang agak lama. Bas yang aku naik itu " BAS RAHMAT ALAM " namanya cukup unik aku rasa saolah-saolah pergi ke Bombay India menaiki bas tersebut, terhenjuthenjut panas berebut-rebut berabuk tetapi itu semua adahlah rahmat kita hendaklah bersyukur kerana negara kita maih lagi aman.
(BAGAI PEN DENGAN DAKWAT MANIS & KACAK)
Sampai di Kuantan lebih kurang pukul 3 petang, aku di Kuantan selama seminggu dari hari Isnin 1 hb Jun hingga 8 hb Jun tujuan aku dan adikku Nor Hazwani ke Kuantan nak menolong adik ku yang no 4 kerana beliau hendak mengadakan majlis sambut menantu pertamanya. Hanya sedikit sumbangan saja yang dapat ku berikan memandangkan tubuh ku yang kurang bertenaga kalau dibandingkan dengan adikku yang no 9 tubuhnya agak sasa sedikit. Dua tiga hari aku di rumah adik yang no 4 belum ada saudara yang datang. Tetapi masuk hari ke empat adikku no 9 pun sampai beliau ni riuh sikit dan cekap buat kerja kasar-kasar .Khamis malam Jumaat agak sibuk sedikit sebab pada malam itu akan diadakan majlis akadnikah anak saudara ku Muhammad Muslimi dengan pasangannya Illa.
(CUCU TOK MERAH)
Adik ku no 4 terlalu sibuklah pada waktu itu selepas maghrib kami mula bersiap-siap ke masjid Peramu Tanjung Lumpur oleh kerana terlalu sibuk dan banyak kerja adikku tertinggal rantai hantaran bersama wang emas kahwin di rumahnya. Nasib baiklah adik ipar ku Ina menalipon memberi tahu barang tertinggal,ketika itu orang sedang berjumaah isyak rakaat kedua.
Adik ku bersama anaknya Fatihah bergegas bertolak ke rumahnya yang jarak lebik kurang 25 km. Nasib baik tidaklah lama sangat. Turut serta dalam majlis itu kakak ku yang no 2 bersama suami dan ibu saudaraku Mak Cik Minah. Tapi sayang makcik minah kurang sihat demam sapanjang malam dan ke esokannya beliau balik kerana anaknya Mona masuk wad di hospital Pekan.
(PAK NOOR & KAK DIBAH)
Pagi Jumaat di rumah adik ku ramai lah saudara mara yang datang ada yang datang dari Bukit Pelindung , Bukit Kuang. Bukit Katil ,Bukit Senang, Bukit Goh , Seintex Garden ,Sarang Tiong dan juga dari Tanjong Gemuk begitu juga saudara mara sebelah suami adik ku. Majlis pihak perempuan bermula lebih kurang pukul 3. petang meriah juga walau pun dalam cuaca yang tidak menentu . Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih adik ku yang no 8 suami isteri bersusah payah menyediakan homestay di Bukit Pelindung'

Berhentilah dahulu di sini insyaalalah akan sambung semula.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO