Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Thursday, January 15, 2009

Harapan yang tidak pasti

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT.

Di tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits shahih disebutkan sebagai salah satu dari tiga masjid yang dianjurkan untuk
diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsa.
Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi.
Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya.

Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.
Sebenarnya di hatiku masih terkilan kerana tidak dapat menjejakkan kaki dan bersujud di masjid al aqsa masjid yang ketiga di dunia yang diberkati Allah. Harapan ku dan adikku yang ke 6 bertambah tipis hendak ke sana kerana masjid tersebut sekarang sudah di kepong dengan hebatnya oleh Israel laknatullah. SEMOGA ALLAH SELAMAT BUMI PALESTIN. Ya Allah ya Tuhanku kau turunlah azab kepada kaum Israel seperti mana kau menghancurkan tentera bergajah dengan menghantar burung-burung ababil dari neraka sijjil.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO