Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Saturday, January 17, 2009

Sejarah ar-Raihul Ahmar



Penyakit angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan yang biasanya
datang secara tiba-tiba dan sukar pula diubati. Walaubagaimanapun dengan
rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya maka melalui Nabi Muhammad SAW, umat
Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi
menjauhi penyakit tersebut.

Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya tersendiri, telah ada
semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda mengadap segala rakyatnya
termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa bangga
diri. Dalam hatinya berkata siapakan makhluk Allah yang tidak mahu tunduk
kepadanya.

Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar,
gagah, hebat serta garang. Nabi Sulaiman AS terkejut dan mengeletar lalu
bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan mengapa ia datang.

Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu
penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa
untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh memersap
ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang sehingga hilang akal.

Nabi Sulaiman AS segera mengarah panglima-panglimanya agar membunuh
Ar-Raihul Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa
makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang.
Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari ini.
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali
pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.

Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena
penyakit Angin. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril
menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian kembali memberitahu Rasulullah
bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang
membacakannya walaupun sekali seumur hidup.

Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh Baginda
menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada umat Islam
yang lain.

Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah berusaha
mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah
ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk atau pingan putih,
kemudian di basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang
terkena penyakit tersebut.

Penyakit ini diturunkan dari langit dibawa oleh ar- Raihul Ahmar iaitu angin merah
bersama iblis.Oleh itu hendaklah kita membaca doa untuk menjauhkan penyakit ini
sekurang-kurang bacalah sekali dalam seumur hidup.

0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO