Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails
bismilah Pictures, Images and Photos

Monday, January 12, 2009

Kalau anda kekawasan kampung, khususnya di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman penutup bumi.

Pemilihan tersebut mungkin berdasarkan tumbuhan ini senang tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana ia sejenis tumbuhan liar.

Malah menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, habitat tumbuhan letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,

Sudut Perubatan
"Sering juga ia ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getah ataupun kelapa sawit," katanya yang turut menambah, nama saintifiknya ialah Passiflora foetida.

Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba.

Ujarnya lagi, berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

"Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna.

Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan," katanya,

Bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahajauntuk digunakan sebagai air basuhan," katanya lagi.

"Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan.

Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut", tambahnya.

Merawat batuk pula kata beliau, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.Pokok ini banyak terdapat dekat kampung saya Rompin, Pahang terutama sekali Simpang Sepayang.


0 Comments:

Post a Comment



kain sutera كاين سوترا © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO